HomeUtamaTidak perlu bahas tuntutan Sulu, ia sudah diambil tindakan di peringkat tertinggi...

Tidak perlu bahas tuntutan Sulu, ia sudah diambil tindakan di peringkat tertinggi kerajaan – Maximus

Read Time:1 Minute, 33 Second

KUALA LUMPUR: Keputusan yang dibuat oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun untuk menolak gesaan membahaskan tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah dan aset Petronas mesti dihormati.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, kita ada undang-undang dalam parlimen, tiada gunanya pembangkang “menjerit sekuat hati” semata-mata untuk mendapat perhatian umum sejak Speaker telah membuat keputusan.

“Speaker telah menegaskan bahawa tidak ada keperluan untuk membahaskan tindakan undang-undang yang difailkan oleh Kesultanan Sulu di Mahkamah Timbang Tara Paris di Perancis secara terbuka (di Parlimen) kerana ia akan menjadi sub judice.

“Sudah tentu kita semua prihatin berhubung kes itu dan kesannya terhadap keselamatan Sabah. Yang di-Pertua, seperti biasa, berpandukan analisis mendalam mengenai Peraturan Mesyuarat yang berkaitan dan dengan merujuk kepada nasihat undang-undang terbaik Parlimen,” kata Maximus.

Ahli Parlimen Kota Marudu itu menambah, Kerajaan Persekutuan telah menubuhkan pasukan petugas, diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dan panel peguam tertinggi, termasuk Peguam Negara, untuk memantau kemajuan tindakan undang-undang yang diambil oleh Kesultanan Sulu di Perancis, serta menasihati Kerajaan Persekutuan dari segi strategi berkaitan dengan perlindungan aset Malaysia di luar negara.

“Sebagai ahli parlimen yang bertanggungjawab, saya percaya adalah penting bahawa tindakan kita mesti berpandukan kepada undang-undang Parlimen dan keutamaan keselamatan negara,” katanya.

Pada Isnin, kekecohan berlaku semasa persidangan Parlimen selepas usul untuk membahaskan tuntutan Sulu ditolak oleh Azhar, yang menyebabkan beliau meninggalkan kerusinya manakala Ahli Parlimen Kota Belud Isnaraissah Munirah Majlis diarah keluar daripada Dewan digantung dua hari daripada menghadiri persidangan Parlimen oleh Timbalan Speaker Mohd Rashid Hasnon kerana tidak mengendahkan arahan dan amaran Speaker.

Usaha meluluskan usul membahaskan isu itu sekali lagi ditolak oleh Azhar pada Rabu, di mana beliau menegaskan adalah menjadi tanggungjawabnya untuk memastikan peraturan Dewan dihormati dan mencegah kekacauan di Parlimen.

RELATED ARTICLES
Utama

PM Anwar Mahu Lebih Banyak Produk Pelancongan Papar Kisah Legenda, Sejarah...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular