HomeIsu tempatanFilem sejarah tingkat jati diri, daya juang pelajar - Tah Nia

Filem sejarah tingkat jati diri, daya juang pelajar – Tah Nia

Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU : Seramai 180 orang pelajar, guru dan Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah (SM) Maktab Sabah di sini hadir bagi menjayakan program Jom Tengok Mat Kilau di salah sebuah pawagam di sini semalam.

Program yang dianjurkan PIBG SM Maktab Sabah bersama Unit Ko-kurikulum sekolah itu turut dihadiri Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Tah Nia Jaman dan dihadiri bersama Yang Dipertua PIBG SM Maktab Sabah Mohammad Arif Tun Sakaran.

Tah Nia berkata, penganjuran program seumpama itu mampu meningkatkan lagi jati diri dan daya juang pelajar dalam membaiki pencapaian masing-masing khususnya dalam pembelajaran.

“Filem Mat Kilau sarat dengan mesej patriotik yang sangat bersesuaian dengan generasi muda khususnya pelajar-pelajar sekolah.

“Hal ini bertepatan dengan sambutan bulan kemerdekaan yang akan kita sambut tidak lama lagi iaitu pada bulan hadapan. Banyak nilai positif yang dimuat dalam cerita epik ini.  

“Antaranya semangat sayangkan tanah air,   semangat persaudaraan dan setiakawan dan banyak lagi,” katanya kepada Sabah Media.

Sementara itu, Mohammad Arif yang juga Focal Person Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkata, program itu juga dapat memberi ruang kepada masyarakat khususnya pelajar dalam mempelajari sejarah tokoh pahlawan negara yang banyak berjasa dalam mempertahankan negara.

Katanya, pihaknya juga mahu para pelajar dapat mempelajari sesuatu melalui filem yang memaparkan salah seorang tokoh sejarah penting bagi negara ini.

“Selain itu, menerusi program ini juga, para pelajar juga akan dapat mengetahui latar belakang sejarah atau kehidupan pahlawan Mat Kilau dalam mempertahankan kedaulatan negara,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia tahan dua bot pukat jerut bilis langgar syarat lesen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular