HomeUtama1,000 peserta sertai larian MAHA 2022

1,000 peserta sertai larian MAHA 2022

Read Time:1 Minute, 48 Second

PUTRAJAYA : Seramai 1,000 peserta menyertai larian sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang di sini pagi tadi.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, larian tersebut bertujuan untuk membuat hebahan tarikan dan acara menarik di MAEPS sepanjang program berlangsung.

“Seramai 1,000 peserta terlibat dalam larian lima Kilometer (KM) bertujuan mempromosi MAHA 2022 dan membuat hebahan tarikan bagi acara-acara menarik di MAEPS sepanjang program berlangsung.

“Saya juga berkesempatan melawat segmen-segmen pameran luaran seperti Laman Kelulut, Laman Padi dan Pasar Tani Jualan Terus Dari Ladang Keluarga Malaysia yang sudah tentu akan memberi satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan bagi semua pelawat nanti,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri program Larian MAHA, Serdang di sini hari ini.

MAHA 2022 akan diadakan pada 4 hingga 14 Ogos 2022 bertempat di MAEPS Selangor.Majlis perasmian akan dilaksanakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 6 Ogos depan bersempena dengan sambutan ulang tahun Program Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPKNK).

Konsep pelaksanaan MAHA 2022 adalah secara hibrid, iaitu kombinasi fizikal dan maya (virtual) dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dilaksanakandipatuhi sepanjang program ini berlangsung bermula 10 pagi hingga 10 malam.

Disamping itu, sebanyak 1,500 ruang pameran dan jualan akan disediakan mengikut segmen sepanjang MAHA 2022 berlangsung.

Antara promosi yang sedang giat dilakukan adalah Program Media Tour seluruh negara yang berkonsepkan Street Attack dan Walkabout bagi mempromosikan MAHA 2022.

Dalam pada itu, Ronald berkata, MAHA 2022 mempunyai tarikan tersendiri kerana pameran pertanian terbesar dan berprestij yang akan menampilkan pelbagai produk baharu berkaitan pertanian dengan teknologi terkini, inovasi tempatan dan luar negara, strategi pemasaran dan pengeluaran secara efektif serta pelbagai lagi pendekatan yang mampu membantu sektor itu.

“Penganjuran MAHA pada kali ini akan memberikan penekanan kepada acara perdagangan dan perniagaan bagi menggalakkan penyertaan syarikat swasta dalam dan luar negara.

“Bagi mengimbangi daya tarikan pengunjung, turut diadakan adalah HPPKNK menerusi pameran hasil dan produk pertanian oleh peladang, penternak, nelayan dan usahawan tani,” katanya.

Berkaitan konsep MAHA 2022 dengan tema Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan pula katanya, ia akan diadakan secara hibrid iaitu kombinasi fizikal dan maya.

RELATED ARTICLES
Utama

Crisnanalina mula daftar masuk ke UMS esok, bantuan kebajikan akan dijaga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular