HomeUtamaPelajar Sabah Finalis Global Student Prize Bernilai RM445,000

Pelajar Sabah Finalis Global Student Prize Bernilai RM445,000

Read Time:1 Minute, 42 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KENINGAU: Seorang pelajar dalam kursus Teknologi Pembinaan, Kolej Vokasional Keningau, Alesyah Asa, telah terpilih sebagai salah satu calon 50 terbaik bagi anugerah Global Student Prize tahun 2022 anjuran Chegg.org yang berpusat di Amerika Syarikat.

Juara pertandingan akan menerima wang berjumlah US$ 100,000.00 yang bersamaan dengan Ringgit Malaysia 445,000.00.

Alesyah Asa, 20, anak jati kelahiran Nabawan, Keningau itu merupakan satu-satunya pelajar dari Sabah sekaligus mewakili Malaysia yang berjaya melayakkan diri untuk anugerah ini pada tahun 2022. Ianya merupakan anugerah pelajar paling berprestij di dunia.

Terdapat lebih dari 7000 pencalonan dari 150 buah negara dan hanya 50 yang terbaik disenarai pendek untuk anugerah ini.

Menurut Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Johari @ Jaibet Sabin, pelajarnya Alesyah Asa berjaya menjadi finalis atas pencapaian dan sumbangannya dalam bidang inovasi, science, technology, engineering, and math (STEM), program pertukaran budaya dan hackathon.

“Alesyah telah pernah mengetuai kumpulannya memenangi pertandingan hackathon anjuran UNESCO pada tahun 2020 berkenaan dengan literasi maklumat dan mereka juga merupakan penerima pertama geran STEAM dari The Awesome Foundation, Amerika Syarikat, berjumlah RM4,000 pada tahun yang sama. Dia juga pernah mewakili Malaysia sebagai duta budaya bagi rombongan pelajar kolej itu yang melawat institusi pendidikan di Korea Selatan pada 2019. Pelajar ini aktif menyertai pertandingan inovasi dengan mempertandingkan alat binaan bangunan hasil ciptaanya beserta dengan ahli sepasukan.

“Pencapaian pelajar ini merupakan kebanggaan negara dan ianya membuktikan kualiti pendidikan negara khususnya pendidikan kolej vokasional yang melahirkan pelajar-pelajar yang kompeten, kreatif dan berkarisma,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Johari berharap agar kejayaan ini memberi ilham kepada pelajar-pelajar yang lain untuk merebut peluang yang ada dan mengasah bakat dan kemahiran mereka dalam bidang yang diminati.

Alesyah turut menyatakan hasratnya sekiranya dia memenangi anugerah ini, dia akan memperkembangkan initiative STEM yang melibatkan robotik, dron dan pencetakan 3D ke sekolah-sekolah lain khususnya di Sabah.

“Alesyah juga ingin membantu membina pusat inovasi di kolej itu untuk membantu para pelajar dan guru membangunkan projek mereka dan ianya juga berfungsi sebagai ruang pameran dan pembentangan sebarang projek inovasi,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Pam rosak, paip pecah punca gangguan air di Putatan dan sekitar...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular