HomeUtamaPenyambungan laluan KK Skybridge - CPS siap November ini

Penyambungan laluan KK Skybridge – CPS siap November ini

Read Time:2 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Penyambungan laluan Kota Kinabalu (KK) Skybridge ke Centre Point Sabah (CPS) sedang memulakan pembinaannya dan dijadualkan akan siap pada penghujung November ini.

Pusat beli belah CPS dalam satu kenyataan semalam berkata, jejantas Skybridge sepanjang 400 meter itu berfungsi sebagai laluan penghubung untuk pusat membeli-belah dan pelbagai hab komersial seperti Pusat Komersial Api-Api, Pusat Komersial Warisan Square, Oceanus Waterfront Mall dan Asia City.

“Kini, kita sudah berada di fasa endemik, kebanyakkan prosedur standard operasi (SOP) peraturan COVID-19 telah pun ditarik balik dan ramai pelancong luar negara dijangka akan datang melawat Sabah.

“Pengurusan pusat beli-belah CPS percaya ini merupakan peluang yang baik untuk melengkapkan penyambungan KK Skybridge yang mampu menyumbangkan dengan peningkatan pembangunan pelancongan di negeri ini,” menurut kenyataan itu di sini semalam.

Kenyataan itu turut berkata, tempat simpanan pembinaan sementara telah diletakkan berhampiran kawasan pembinaan di ruang pemunggahan Servay Premier.

Tambahnya, pihak pengurusan pusat membeli belah juga ingin memohon maaf atas sebarang kesesakan lalu lintas dan kesulitan yang ketika pembinaan tersebut dijalankan.

Selain itu, pengurusan pusat beli-belah menggesa semua pemandu e-hailing dan orang ramai untuk tidak meletak kenderaan di kawasan pembinaan terutama pada waktu puncak bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di sekitar pusat beli-belah.

Pengurusan pusat beli-belah percaya bahawa penyambungan KK Skybridge tersebut akan menyediakan laluan yang mudah dan selamat untuk orang awam memasuki pusat membeli-belah, serta dapat dilindungi daripada cahaya matahari dan hujan ketika berjalan ke pusat beli-belah dari hab komersial lain.

“Selain itu, penyambungan KK Skybridge tersebut juga boleh memberi impak yang positif untuk data kemasukan pelanggan ke CPS, tambahan lagi pusat beli-belah itu terletak di tengah-tengah perhubungan antara hab-hab komersial yang lain,” katanya.

Dalam kenyataan itu juga, pengurusan pusat membeli-belah menyatakan bahawa projek KK Skybridge adalah sebahagian daripada Projek Rangkaian Pejalan Kaki dan Penambahbaikan Trafik SkyBridge kerajaan dan mereka sentiasa menyokong usaha kerajaan demi kesejahteraan dan keselamatan masyarakat.

Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan CPS telah membelanjakan kira-kira RM19,000 untuk perancangan awal dan yuran perundingan oleh Jurutera Perunding CKS untuk projek pembinaan sambungan KK Skybridge.

Terdahulu, KK Skybridge yang dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor telah dilengkapi dengan eskalator, lif untuk orang kurang upaya (OKU) dan 20 kiosk runcit berhawa dingin.

Projek KK Skybridge bertujuan untuk menyediakan kemudahan yang selamat untuk orang ramai dan juga untuk orang kurang upaya untuk bergerak kerana ia dapat menghubungkan Pusat Beli-belah Oceanus, Api-Api Centre, dan Asia City.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya