HomeIsu tempatanTaman Marin Tun Sakaran amal konsep Taman Pelbagai Guna pertama di Malaysia

Taman Marin Tun Sakaran amal konsep Taman Pelbagai Guna pertama di Malaysia

Read Time:1 Minute, 39 Second

SEMPORNA : Taman Marin Tun Sakaran yang di wartakan 18 tahun lalu merupakan Taman Marin pertama di Malaysia mengamalkan konsep Taman Pelbagai Guna yang membenarkan komuniti tempatan untuk kekal berada di dalamnya.

Pengarah Taman-Taman Sabah (TTS) Dr Maklarin Lakim berkata, menerusi kaedah penzonan kawasan yang diperkenalkan, komuniti dibenarkan untuk menjalankan aktiviti perikanan dengan peralatan yang dibenarkan di zon-zon tertentu.

Katanya, matlamat pewartaannya adalah untuk melindungi warisan alam semulajadi disamping membenarkan penggunaan sumber semulajadi di dalamnya secara mampan agar manfaat bersama dapat diperolehi.

“Ini adalah seiring dengan definasi kawasan terlindung kategori enam dibawah International Union for the Conservation of Nature (IUCN).

“Pelbagai program kesedaran awam dan pendidikan khusus kepada komuniti tempatan telah dilaksanakan untuk memastikan matlamat serta fungsi Taman Marin Tun Sakaran ini tercapai.

“Penglibatan komuniti di dalam Taman Marin Tun Sakaran adalah antara elemen penting yang dilaksanakan dalam pengurusan Taman Marin ini,” katanya ketika berucap sempena Majlis Hari Pewartaan Taman Marin Tun Sakaran ke-18 di Kompleks Taman Marin Tun Sakaran di sini semalam.

Maklarin berkata, program perlindungan dan rehabilitasi ekosistem marin di Taman Marin Tun Sakaran juga merupakan antara projek yang penting dan giat dilaksanakan pada masa ini.

Katanya, antara yang berjaya dijalankan adalah seperti projek restorasi karang sejak tahun 2019 menggunakan kerangka karang (coral frame).

“Pada masa ini, terdapat lebih 240 unit kerangka karang yang dijadikan sebagai tukun tiruan tapak untuk karang tumbuh di tempatkan di kawasan yang dikenal pasti rosak sama ada disebabkan oleh proses semulajadi atau aktiviti manusia seperti penggunaan bom ikan.

“Rekod kajian awal yang dijalankan dibawah projek ini telah menunjukkan hasil restorasi karang tersebut telah dapat membentuk habitat tiruan kepada anak-anak ikan,” katanya.

Sementara itu, Maklarin berkata, sebanyak RM80,100 jumlah kompaun telah dikeluarkan dalam tempoh tiga tahun yang lalu atas pelbagai kesalaham khususnya yang berkaitan dengan kesalahan menangkap ikan menggunakan perlatan yang tidak dibenarkan.

Katanya, ianya adalah seiring dengan program rondaan penguatkuasaan yang berterusan  dilaksanakan oleh anggota TTS bersama pasukan penguatkuasa yang lain seperti Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia dan Pasukan Polis Marin.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

100 warga emas diraikan sempena Hari Natal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular