HomeIsu tempatanDua wanita warga asing dipenjara 24 bulan beri maklumat palsu memohon gantian...

Dua wanita warga asing dipenjara 24 bulan beri maklumat palsu memohon gantian hilang kad pengenalan

Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU: Dua wanita warga asing dijatuhi hukuman penjara 24 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku bersalah memberi maklumat palsu semasa membuat permohonan gantian hilang Kad Pengenalan.

Menurut fakta kes, Murada Rabung, 32, yang juga memiliki IMM 13 telah memberi maklumat palsu semasa membuat permohonan gantian hilang Kad Pengenalan bernombor 960622-12-5050 atas nama Nazira Binti Eranza di Bahagian Kad Pengenalan, Jabatan Pendaftaran Negara Kota Kinabalu, Sabah pada 21 Julai lalu.

Manakala Nor Hasna Paisal, 19, tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri telah memberi maklumat palsu semasa membuat permohonan gantian hilang Kad Pengenalan bernombor 950320-12-5056 atas nama Erah Binti Eranza di Bahagian Kad Pengenalan, Jabatan Pendaftaran Negara Kota Kinabalu, Sabah pada 22 Julai lalu.

Murada membuat pengakuan bersalah di hadapan hadapan Majistret Lovely Natasha Charles manakala Nor Hasna membuat pengakuan sama di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun.

Kedua-duanya didakwa di bawah perkara 25 (1)(b) Peraturan-Peraturan Pendaftaran 1990 dan boleh dijatuhkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Pengawai Pendakwa, Mohd Naser Mohd Nadzeri manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan hukuman bermula dari tarikh kedua-dua tertuduh ditangkap dan mereka akan dirujuk ke Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) selepas selesai menjalani hukuman penjara.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS anjur Karnival Usahawan Mahasiswa sempena Hari Kanak-kanak Borneo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular