HomeIsu tempatanKerjasama erat, keakraban silaturahim JaPen & Pengamal Media dapat kekalkan keamanan dan...

Kerjasama erat, keakraban silaturahim JaPen & Pengamal Media dapat kekalkan keamanan dan ketenteraman – Nadzerah

Read Time:2 Minute, 17 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Kerjasama erat dan keakraban silaturahim Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Sabah bersama Pengamal Media dapat mengekalkan keamanan dan ketenteraman di negeri ini.

Pengarah Penerangan Sabah, Nadzerah Abdullah berkata, beliau yakin dan percaya salah satu cara untuk mengekalkan keamanan dan ketenteraman dapat dimenifitasikan melalui kerjasama erat dan keakraban silaturahim JaPen bersama rakan-rakan media.

Nadzerah berkata demikian dalam ucapannya semasa program Kupi-kupi Bersama Media di
Hotel Horizon di sini, hari ini. (25 Julai)

Katanya, program Kupi-kupi JaPen Bersama Media ini merupakan program santai yang berkonsepkan bual bicara antara Pengarah Penerangan Sabah, penceramah dan ketua-ketua editor tempatan serta para pegawai perhubungan awam.

“Dalam bersantai, JaPen turut menyelitkan mesej dasar dan pembangunan negara. dalam konteks ini mesej yang diketengahkan adalah berkaitan dengan Dasar Keselamatan Negara.

“Selain itu, program ini juga merupakan wadah JaPen dalam mengeratkan lagi serta mengekalkan hubungan baik bersama rakan-rakan media,” katanya.

Menurut Nadzerah, negara bukan hanya berdepan cabaran memperkukuhkan perpaduan dalam tradisi masyarakat majmuk, bahkan dari segi cabaran keterbukaan sumber.

“Masyarakat kini juga mempunyai latar belakang pendidikan tinggi dalam pelbagai bidang, justeru kita dapat melihat lontaran pendapat secara lebih terbuka di media sosial khususnya.

“Dalam meraikan perbezaan pendapat, kita perlu sentiasa memegang prinsip “bersatu teguh bercerai roboh” agar pembinaan negara bangsa Malaysia yang terhubung, bersatu padu, berilmu dan berintegriti, kekal berterusan,” tegasnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa kewartawanan memainkan peranan penting dalam masyarakat majmuk dan demokratik, justeru Media memberikan laporan, perbincangan, pemberitahuan dan analisis dalam pelbagai perkara yang secara tidak langsung akan membentuk pola positif pemikiran masyarakat.

“Ke arah itu, Jabatan Penerangan Malaysia Sabah melaksanakan program-program Perpaduan dan Kenegaraan Sempena Bulan Kebangsaan/hari Malaysia (HKHM) 2022 yang bertemakan ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ .

“Objektif penganjuran program ini adalah untuk menggelorakan semangat patriotisme cintakan negara, memupuk semangat kebersamaan dalam perpaduan dan menggalakkan penglibatan sukarela masyarakat,” katanya.

Nadzerah turut memaklumkan program dan aktiviti sepanjang Bulan Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2022 antaranya Pelancaran Sambutan HKHM Peringkat Negeri Sabah 2022 di Padang Merdeka Kota Kinabalu pada 31 Julai 2022, Pertandingan Pengisahan Kenegaraan 1 Julai sehingga 11 September berlangsung di seluruh negara dan Program Semarak Gemilang (14 Julai hingga 16 September) Kembara Keluarga Malaysia/Perarakan Baton Jalur Gemilang (1 hingga 31 Ogos 2022) serta Program Merdeka @Komuniti yang melibatkan 1,878 Keluarga Malaysia akan dilaksanakan di seluruh negara bermula 30 Julai hingga 16 September 2022.

Jabatan Penerangan Malaysia Juga menganjurkan The Singing Community Di Negeri Sabah, Sarawak Dan W.p Putrajaya.

Dalam majlis itu, Nadzerah turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak media yang telah memberikan kerjasama membuat liputan pelbagai program anjuran kerajaan dari peringkat daerah, negeri seterusnya kebangsaan sepanjang tahun 2022.

Turut hadir wakil Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah, Aidalina Mahali dan Presiden Wartawan Sabah Datuk Muguntan Vanar.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS terima sumbangan untuk projek kajian dan pembudayaan STEM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular