HomeIsu tempatanAryati impikan miliki rumah sendiri yang selesa walaupun tidak mewah

Aryati impikan miliki rumah sendiri yang selesa walaupun tidak mewah

Read Time:2 Minute, 7 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Memiliki rumah sendiri yang selesa adalah impian setiap insan kerana rumah adalah salah satu keperluan asas yang paling utama bagi sesebuah keluarga.

Begitu juga Aryati Naidin, 49, turut mengimpikan rumah yang selesa walaupun tidak mewah sekurang-kurangnya tempat mereka berteduh dari panas dan tidak basah tatkala hujan turun.

“Saya berasa amat gembira bila kerajaan baru-baru ini mengumumkan akan melancarkan Rumah Mesra Rakyat SMJ oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor pada 29 September ini.

Keadaan rumah Aryati di Kg Bundusan, Papar.
Keadaan siling rumah Aryati yang bocor tidak dapat diperbaiki lagi kerana kayu beruti dan papan sudah terlalu rapuh dan usang.
Keadaan siling rumah Aryati yang bocor tidak dapat diperbaiki lagi kerana kayu beruti dan papan sudah terlalu rapuh dan usang.
Baldi tadahan air diletak dalam ruang rumah Aryati untuk elak digenangi air tatkala hujan turun.
Aryati (kiri) membantu mengajar anaknya Ariana, 13, menggunakan alat peranti tablet yang dipinjam dari pihak sekolah untuk mengulangkaji pelajaran di rumah.
Aryati Naidin, 49, di gerai sayurnya di pasar Sembulan, Kota Kinabalu.

“Besar harapan kami kali ini memandangkan lebih sepuluh tahun saya dan suami memohon untuk mendapatkan bantuan rumah yang dulunya dikenali sebagai Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) tetapi sehingga kini tidak ada apa-apa yang kami terima.

“Dengan adanya program Rumah Mesra Rakyat SMJ ini, kami sangat-sangat berharap pihak berwajib dapat membantu kami kerana rumah yang kami sekeluarga diami sejak 40 tahun lalu di Kg Bundusan, Papar ini sudah terlalu usang mengalami kerosakan teruk atap bocor dan struktur kayu yang sudah buruk,” katanya semasa ditemui pemberita Sabah Media baru-baru ini.

Aryati hanya bekerja menjual sayur-sayuran di Pasar Sembulan, dibantu oleh suaminya Abdul Rasan Antik, 48.

Menurut Aryati, suaminya terpaksa berhenti kerja sebagai pemandu bas pelancong di sini sejak dua tahun lalu kerana ketiadaan pelancong dan pendapatan merosot akibat pandemik Covid-19 melanda negara.

Mereka yang dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan Nur Aliah Fitriani, 16, dan Nur Ariana Syikin, 13, terpaksa tinggal di rumah mereka sekarang dalam keadaan yang tidak selesa kerana apabila hujan turun seluruh ruang dalam rumah mereka akan digenangi air disebabkan atap yang sudah usang dan bocor di sana sini.

“Dengan pendapatan kami yang tidak seberapa kami tidak mampu untuk memperbaiki lagi rumah yang ada sekarang kerana sudah terlalu usang dan hanya menunggu masa untuk roboh, itulah kami sangat-sangat memerlukan rumah tersebut dengan struktur yang kukuh dan selamat untuk didiami,” jelasnya.

Dalam pada itu, Aryati juga turut berharap pihak wakil rakyat di kawasan Papar dapat membantu dan melihat sendiri keadaan rumah mereka itu.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya