HomeUtamaJTDLKM raih lebih RM17,000 sempena Street Attack MAHA 2022 Zon Sabah

JTDLKM raih lebih RM17,000 sempena Street Attack MAHA 2022 Zon Sabah

Read Time:2 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak lebih RM17,000 berjaya dihasilkan menerusi pelaksanaan Program Khas Jualan Terus Dari Ladang Keluarga Malaysia (JTDLKM) yang dilaksanakan sempena penganjuran Street Attack Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 Zon Sabah.

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Sabah dalam satu kenyataan berkata, seramai lapan usahawan terlibat menyertai program khas JTDLKM yang disempurnakan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee semalam.

“Kesemua usahawan yang terlibat adalah terdiri usahawan Ladang Kontrak dan mereka yang menyertai Program Pembangunanmodal Usahawan Industri Asas Tani (IAT).

“Pada program Street Attack MAHA 2022 ini, sebanyak lebih RM17,000 hasil pendapatan berjaya diperolehi oleh usahawan yang menyertai.  Selain usahawan FAMA, turut sama adalah usahawan dari Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM),” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Antara produk jualan yang terlibat adalah seperti buah-buahan tempatan; sayur-sayuran, ikan, jagung, labu dan barangan industri kecil dan sederhana (IKS) termasuk jualan khas ayam bulat dan telur ayam.

Selain jualan usahawan FAMA dan LKIM, sesi bagi mempromosi MAHA 2022  turut diadakan dengan mengedar risalah berhubung program yang akan diadakan pada 4 hingga 14 Ogos depan bertempat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor.

Program secara dwi-tahunan ini walaupun secara khusus adalah mengenai pertanian, hortikultur dan agro pelancongan, ianya telah berkembang sehingga menjadi sebahagian dari landskap negara yang mempamerkan kemajuan serta pencapaian Malaysia.

MAHA 2022 akan menampilkan pelbagai produk baharu berkaitan pertanian yang bersandarkan kepada teknologi terkini, inovasi-inovasi tempatan dan luar negara, strategi-strategi pemasaran dan pengeluaran secara efektif serta lain-lain pendekatan yang mampu membantu sektor tersebut.

Promosi MAHA 2022 terus dipergiat sehingga hari terakhir sebelum bermula penganjuran majlis berprestij ini. Antara program promosi yang giat dilakukan adalah Program Media Tour seluruh negara yang berkonsepkan Street Attack dan Walkabout bagi mempromosi MAHA 2022.

Antara kelainan pada tahun ini adalah penglibatan secara langsung semua kementerian selama 11 hari penganjuran. MAHA kali ini bukan sahaja untuk sekuriti makanan negara dan kepentingan industri agromakanan tetapi juga demi Keluarga Malaysia.

MAHA 2022 akan memberikan penekanan kepada acara perdagangan dan perniagaan bagi menggalakkan penyertaan syarikat-syarikat swasta dalam dan luar negara. Manakala bagi mengimbangi daya tarikan pengunjung, MAHA 2022 akan diselitkan juga dengan Program Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) melalui aktiviti pameran hasil dan produk pertanian oleh peladang, penternak, nelayan dan usahawan tani.

Konsep pelaksanaan MAHA 2022 adalah secara hibrid, iaitu kombinasi fizikal dan maya (virtual). Kementerian komited dalam memastikan segala Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dibangunkan dipatuhi sepanjang program ini berlangsung.

Sebanyak 1,500 ruang pameran dan jualan akan disediakan mengikut segmen dan MAHA 2022 dijangka boleh menarik seramai 100,000 orang pengunjung sehari secara purata.

Berdasarkan kepada sasaran ini dan tempoh penganjuran promosi dan publisiti yang dirangka dan dilaksana oleh pihak Kementerian mampu memberikan impak besar dan akan menyokong kepada jangkaan sasaran lebih daripada RM250 juta potensi nilai jualan termasuk padanan perniagaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Patuh dan percaya kepada Agong, tindakan Fahmi boleh timbulkan keadaan tidak...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular