HomeUtamaKerajaan Negeri beri keutamaan lahirkan modal insan berdaya saing, berkualiti - Hajiji

Kerajaan Negeri beri keutamaan lahirkan modal insan berdaya saing, berkualiti – Hajiji

Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan memberi keutamaan terhadap aspek pendidikan bagi melahirkan lebih ramai modal insan berdaya saing, berketerampilan dan berkualiti tinggi di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata sejajar dengan perkara itu, kerajaan akan terus menyokong Jabatan Pendidikan Sabah dalam meningkatkan lagi kecemerlangan dan melonjakkan prestasi pendidikan di negeri ini khususnya berkaitan pembangunan modal insan.

“Kita mahu melahirkan modal insan berdaya saing yang mampu membantu menjayakan agenda pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya. Sebab itu, selain sektor utama pertumbuhan dan pemulihan ekonomi diberi tumpuan dalam pelan (SMJ), kerajaan juga fokus kepada teras kedua dalam pelan berkenaan iaitu pembangunan modal insan dan kesejahteraan rakyat.

“Sebab itu pelbagai usaha yang sudah dan sedang diambil untuk memastikan anak- anak Sabah tidak ketinggalan dalam bidang pendidikan di negeri ini. Ia termasuklah pemberian biasiswa seperti Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (ABCNS) dan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS).

“Pada tahun ini juga, kerajaan negeri telah melancarkan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS), yang antaranya bertujuan memberikan bantuan pendidikan khusus untuk anak Sabah daripada golongan B40 untuk melanjutkan pelajaran ke IPT dengan dana permulaan sebanyak RM54.5 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Hari Guru Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran Kali Ke-51, Tahun 2022, di Shangri-La Rasa Ria Resoert di sini, pada Khamis.

Hajiji berkata kerajaan negeri juga telah memperkenalkan beberapa pakej insentif melalui Pelan Pembangunan Hala Tuju SMJ, bagi membolehkan anak-anak Sabah meneruskan persekolahan mereka.

Pelaksanaan pakej insentif itu katanya, dijalankan melalui program bantuan pendidikan yang telah dilaksanakan dengan peruntukan berjumlah RM24 juta pada tahun 2021 seperti Program Bantuan Institusi Pengajian Tinggi, Program Bantuan Ihsan Komputer (BAIK), Program Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI) dan Program Bantuan Wang Pendaftaran IPT (BUDI).

RELATED ARTICLES
Utama

Mencipta Masa Depan Gemilang untuk Semua Dalam Belanjawan 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular