HomeUtamaPelbagai aktiviti diadakan sepanjang sambutan Bulan Kebangsaan di Sabah

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang sambutan Bulan Kebangsaan di Sabah

Read Time:1 Minute, 51 Second

KOTA KINABALU : Pelbagai aktiviti dan program akan diadakan sepanjang sambutan Bulan Kebangsaan peringkat negeri Sabah yang akan dilancarkan bermula Ahad ini serentak dengan sambutan Hari Pahlawan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ini termasuklah kempen pengibaran bendera Jalur Gemilang dan Sabah selain acara utama perbarisan pada 31 Ogos depan.

“Sambutan akan bermula pada 31 Julai iaitu pelancaran sambutan Bulan Kebangsaan dengan acara pengibaran bendera Jalur Gemilang yang disambut bersempena Hari Pahlawan di Padang Merdeka.  Kita mengambil keputusan untuk menyambut sekaligus.

“Selepas acara tersebut, Tuan Yang Terutama (TYT) dan Ketua Menteri akan menyampaikan bendera kepada pelbagai pertubuhan, Kementerian dan Jabatan yang berkenaan secara simbolik,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Masidi berkata, pihaknya berharap agar semua pihak dapat mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Sabah disetiap premis meskipun negara baharu sahaja keluar dari masalah pandemik COVID-19 yang teruk.

Beliau turut berharap agar lebih ramai orang perseorangan dan syarikat swasta khususnya dapat membantu bagi menyumbang seterusnya membantu mengibarkan bendera sempena sambutan Hari Kebangsaan.

“Pada majlis pelancaran itu juga, TYT akan melepaskan konvoi Jalur Gemilang milik Jabatan Penerangan untuk masuk ke seluruh pelusuk daerah di Sabah seterusnya menyemarakkan lagi semangat rasa bangga sebagai rakyat Malaysia.

“Kita telah sediakan pelbagai acara sempena sambutan Bulan Kebangsaan yang dikendalikan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan.  Sudah pasti acara perbarisan adalah yang utama dan kita berharap akan mendapat sambutan dari pelbagai pihak,” katanya.

Sementara itu, Masidi berkata, para pelajar sekolah akan dikecualikan untuk mengikuti perarakan mahupun perhimpunan sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

“Satu keputusan kita buat ialah bagi tujuan acara perarakan dan perhimpunan di Padang Merdeka kita akan kecualikan pelajar sekolah kerana kita mengambil kira kedudukan kes COVID-19 di negeri ini yang belum stabil.

“Sudah pasti kita mahu elakkan risiko jangkitan dikalangan pelajar yang mana semua tahu sekiranya terdedah jangkitan dan kembali ke sekolah, risiko perebakan itu adalah tinggi,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa jawatankuasa pelaksana sambutan akan memilih seorang atau lebih dari kalangan orang muda di Sabah untuk diberi pengiktirafan sempena sambutan Hari Kebangsaan.

“Kita tahu ramai anak muda khususnya di Sabah telah mengharumkan nama bukan sahaja di Malaysia malah turut mengharumkan nama diperingkat dunia.  Justeru, ini amat sesuai untuk diberi pengiktirafan sempena Hari Kebangsaan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Sabah siap sedia untuk Hidrogen Hijau menerusi Tenaga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya