HomeIsu tempatanNilai suapan & tuntutan palsu lebih RM230,000, bekas pengarah & pegawai...

Nilai suapan & tuntutan palsu lebih RM230,000, bekas pengarah & pegawai kanan agensi kerajaan ditahan SPRM

Read Time:57 Second

KOTA KINABALU: Seorang bekas pengarah dan pegawai kanan agensi kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sabah kerana dipercayai mengemukakan tuntutan palsu bernilai lebih RM175,000 dan meminta wang suapan berjumlah hampir RM60,000 daripada pihak kontraktor.

Kedua-dua suspek lelaki yang berusia dalam lingkungan 44 hingga 50 tahun tersebut ditahan di Pejabat SPRM Kota Kinabalu hari ini sekitar jam 12.30 tengahari ketika hadir memberi keterangan.

Menurut sumber, kedua-dua suspek telah menggunakan lesen beberapa syarikat bagi melakukan tuntutan palsu berhubung kerja-kerja pembekalan makanan dan minuman berjumlah lebih RM175,000 namun tiada pembekalan mahupun program dilaksanakan oleh pihak terbabit.

Dalam pada itu, bekas pengarah tersebut juga dipercayai menerima bayaran secara bulanan lebih RM60,000 daripada seorang kontraktor dalam tempoh 2017 hingga 2019.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes sedang disiasat mengikut Seksyen 17(a) dan 18 Akta SPRM 2009 .

Tambah beliau, tangkapan ini merupakan hasil kerjasama di antara SPRM Sabah dan Unit Integriti agensi kerajaan berkenaan.

Katanya, kedua-dua suspek tersebut akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, Sabah esok (Rabu) bagi tujuan permohonan reman.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS, Yun Fook Resources laksana penyelidikan nutrisi murid sekolah di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular