HomeSukanBadminton wadah kukuhkan perpaduan, silaturrahim - Nazri

Badminton wadah kukuhkan perpaduan, silaturrahim – Nazri

Read Time:1 Minute, 18 Second

BEAUFORT : Perlawanan persahabatan badminton yang dianjurkan mampu menjadi ruang dan wadah bagi mengukuhkan perpaduan serta silaturrahim dikalangan peserta yang menyertai.

Pegawai Daerah Beaufort Mohd Nazri Ajun berkata, menerusi aktiviti riadah itu ianya akan mampu menerapkan semangat kerja berpasukan khususnya dalam kalangan ahli Persatuan Suri Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Cawangan Beaufort.

“Perlawanan persahabatan badminton ini dirancang dan dilaksanakan oleh Puspanita yang diterajui Pengerusinya, Dayang Hanim Awang Basir sebagai salah satu pengisian dalam lawatan Toh Puan Norlidah R.M Jasni ke Beaufort.

“Dalam pada itu, kita juga berharap akan dapat mengukuhkan lagi hubungan silaturahim serta kerjasama erat di antara ahli-ahli Puspanita Beaufort dengan rombongan Istana Seri Kinabalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Perlawanan Badminton Persahabatan Puspanita Cawangan Beaufort di Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir, di sini hari ini.

Pada perlawanan itu, tiga gelanggang dibuka serentak menemukan beberapa pasukan beregu dan beregu campuran melibatkan pemain-pemain dari Pejabat Daerah Beaufort dan warga Istana Seri Kinabalu (ISK), selain ahli Puspanita.

Antara aksi yang mencuri tumpuan ramai ialah pasukan campuran Toh Puan Norlidah menentang pasukan pemain dari Pejabat Daerah dan Puspanita Beaufort yang berkesudahan 21-14, 21-14.

Toh Puan Norlidah berada di daerah ini untuk menyempurnakan majlis penyampaian sumbangan Yayasan Nur Jauhar kepada ahli-ahli Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Daerah Beaufort dan Sipitang, esok.

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala SMJ : Persiapan Sabah FC untuk lihat kekuatan, kelemahan pasukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya