HomeUtamaKastam gagalkan cubaan seludup 3 kontena minuman keras jumlah nilai dan cukai...

Kastam gagalkan cubaan seludup 3 kontena minuman keras jumlah nilai dan cukai RM1,568 juta

Read Time:53 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kota Kinabalu telah berjaya menahan tiga buah kontena yang disyaki berisi minuman keras pelbagai jenama yang melibatkan anggaran jumlah nilai dan cukai sebanyak RM1,568,000.00.

Penolong Ketua Pengarah Kastam, Zon Sabah Julaiman Soimin berkata, kejayaan JKDM ini adalah hasil penemuan daripada imej imbasan yang meragukan yang diperolehi dengan menggunakan mesin pengimbas ke atas ketiga-tiga buah kontena tersebut pada 29 Julai 2022, jam lebih kurang 10.50 pagi di Pelabuhan Sepanggar, Kota Kinabalu.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas ketiga-tiga kontena itu mendapati sejumlah 9,000 kotak minuman keras disyaki minuman keras dalam pelbagai jenama yang dianggarkan nilai pasaran RM658,000.00 dan melibatkan anggaran jumlah cukai sebanyak RM910,00.00,” katanya pada sidang media di Kawasan Pemeriksaan Kastam, Pelabuhan Sepanggar, di sini, hari ini.

Menurut Julaiman modus operandi kes ini adalah mengikrar dagangan dengan barang lain bagi tujuan menyeludup dan mengaburi pihak berkuasa.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

KM minta tindakan profesional tangani isu di Sabah

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular