HomeSukanTandukan Baddrol bantu Sabah menang aksi 'Borneo Derby'

Tandukan Baddrol bantu Sabah menang aksi ‘Borneo Derby’

Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Sabah FC terus mengukuhkah kedudukan dalam saingan Liga Super selepas berjaya meraih kemenangan tipis 1-0 dalam aksi ‘Borneo Derby’ menentang Sarawak United FC di Stadium Likas di sini sebentar tadi. 

Jaringan hasil tandukan ketua pasukan Baddrol Bakhtiar pada minit ke-62 itu sudah cukup untuk skuad Badak membawa pulang tiga mata penuh di laman sendiri. 

Keputusan itu jelas mengecewakan pasukan pelawat yang setakat ini kekal dengan 13 mata selepas mengharungi 15 perlawanan. 

Bermain dihadapan lebih 10,000 penyokong tuan rumah, Sabah FC lebih banyak mengawal permainan pada babak pertama dengan membuat beberapa serangan ke gawang Sarawak United FC. 

Sabah FC beroleh peluang untuk membuka jaringan awal menerusi percubaan Baddrol yang membuat rembatan terus ke gawang Sarawak United FC selepas menerima bola hantaran dari Jose Embalo namun terus ke dakapan penjaga gol Tauffiq Ar Rasyid Johar pada minit ke-13. 

Kemasukan pemain berpengalaman Mohd Amri Yahyah pada aksi babak kedua bagi mengantikan Jose Embalo berjaya merubah sedikit rentak permainan Sabah FC. 

Sebaik babak kedua bermula, Amri membuat percubaan awal di dalam kawasan kotak penalti  namun berjaya ditolak keluar oleh Tauffiq pada minit ke-49. 

Situasi kelam kabut di kawasan pasukan pelawat memberi peluang untuk Baddrol Baktiar menanduk masuk bola hasil hantaran Saddil Ramdani pada minit ke-62 membolehkan Sabah FC mendahului jaringan 1-0. 

Keputusan itu kekal sehingga tamat perlawanan membolehkan Sabah FC  mengutip 34 mata dibelakang pendahulu Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) yang mengutip 35 mata.

Sabah FC akan bertemu Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Darul Aman pada 17 Ogos ini.

RELATED ARTICLES
Sukan

Veteran kekal aktif hayun raket di usia emas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular