HomeIsu tempatanWarga emas cedera di kepala ditetak anak saudara

Warga emas cedera di kepala ditetak anak saudara

Read Time:1 Minute, 14 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Seorang warga emas cedera di kepala selepas ditetak menggunakan parang oleh suspek yang juga anak saudara mangsa dalam satu kejadian di Kg Lok Kurai Selanggan, Pulau Gaya dekat sini pada Selasa pagi.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah mengesahkan pengadu (mangsa) seorang lelaki berusia 73 tahun itu telah membuat laporan polis pada malam selepas kejadian itu.

Menurut Zaidi, siasatan yang dijalankan mendapati, pada 9 Ogos 2022 jam lebih kurang 11.00 pagi bertempat di Kg Lok Kurai Selanggan, Pulau Gaya, suspek seorang lelaki berusia 45 tahun itu yang juga anak saudara pengadu telah mengamuk dan membuat kecoh di kampungnya.

“Semasa kejadian, suspek yang tidak bekerja juga merupakan seorang penagih dadah telah mengganggu penduduk dengan membaling batu dan kayu beruti ke rumah-rumah penduduk di kawasan tersebut tanpa sebab. Pengadu cuba menegur perbuatan suspek tetapi suspek telah balik ke rumahnya dan mengambil sebilah parang.

“Suspek kemudiannya telah datang kembali kepada pengadu dan menetak kepalanya sehingga luka. Melihat keadaan kepala pengadu yang telah berdarah, suspek kemudiannya lari dan masuk ke dalam kawasan hutan berhampiran kampung tersebut.

“Pengadu telah mendapatkan rawatan di Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu,”katanya dalam satu kenyatan semalam.

Susulan kejadian itu, pada hari yang sama ( 9 Ogos 2022) jam lebih kurang 4.30 petang, bertempat di sebuah rumah tidak bernombor di Kg. Lok Urai, Pulau Gaya, suspek telah ditangkap oleh pegawai dan anggota Polis Balai Pulau Gaya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS anjur Karnival Usahawan Mahasiswa sempena Hari Kanak-kanak Borneo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular