HomeSukanElak beri tekanan sebaliknya fokus, beri sokongan padu kepada Sabah FC

Elak beri tekanan sebaliknya fokus, beri sokongan padu kepada Sabah FC

Read Time:1 Minute, 47 Second

KOTA KINABALU : Pengendali Sabah FC Datuk Ong Kim Swee mahu semua pihak termasuk para penyokong untuk terus kekal fokus dan memberi sokongan padu kepada skuad Badak untuk meneruskan beberapa baki perlawanan dalam saingan Liga Super musim ini.

Beliau juga turut meminta agar para penyokong tidak meletakkan tekanan dan harapan yang tinggi kepada para pemain khususnya melibatkan pemain import.

“Jika ditanya mengenai prestasi (Jose) Embalo, sudah tentu prestasinya tidak memuaskan dan pada masa sama saya meminta kerjasama semua pihak terutama para penyokong dimana saya faham mereka inginkan sesuatu daripada Embalo.

“Tetapi kita tidak boleh sentiasa meletakkan tekanan yang begitu kuat pada mana-mana pemain.  Kita tahu apabila membawa pemain import, sudah tentu kita inginkan yang terbaik tetapi pada masa sama kita harus faham dimana kita tidak boleh meletakkan satu tekanan yang cukup tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas tamat perlawanan menentang Sarawak United FC di Stadium Likas di sini malam tadi.

Pada perlawanan itu, Sabah FC membawa tiga mata penuh selepas berjaya menewaskan Sarawak United FC 1-0 menerusi tandukan Baddrol Baktiar pada minit ke-62.

Namun Kim Swee berkata, beliau tetap akan memberi peluang kepada para pemain untuk mempamerkan aksi permainan dalam setiap perlawanan.

“Saya tidak menyalahkan sesiapa namun kita perlu memikirkan satu cara terbaik dan saya juga masih lagi tidak akan mensia-siakan sesiapa sekalipun dan pasti akan memberi peluang demi peluang. 

“Hari ni apabila kita berada dalam kedudukan yang baik,ianya bukan bergantung kepada seorang pemain tetapi pada semua pemain.  Jadi bukan sebab seseorang kita tewas ataupun kita menang,” katanya.

Mengulas mengenai perlawanan menentang Sarawak United FC, Kim Swee berkata, ianya bukan satu perlawanan yang mudah namun membawa pulang tiga mata penuh di laman sendiri ianya sudah cukup bermakna.

“Yang penting hari ini kita dapat tiga mata dimana kita tahu ini merupakan satu perlawanan bukan mudah untuk kita.

“Para pemain juga bermain amat baik terutama pada separuh masa kedua tetapi walaupun kita mengawal situasi perlawanan, kita gagal mendapatkan gol pada separuh masa pertama dan ini memberi tekanan pada kita untuk mendapatkan gol akhirnya dengan satu gol saya percaya itu mencukupi untuk kita menjarakkan dengan pasukan lain,” katanya.

RELATED ARTICLES
Sukan

Kejohanan Piala SMJ uji kekuatan Sabah FC

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya