COVID-19 : KK kembali catat jangkitan tiga angka

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:59 Second

KOTA KINABALU : Daerah Kota Kinabalu kembali mencatatkan jumlah jangkitan baharu tiga angka dengan 117 kes iaitu peningkatan 26 kes berbanding semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah itu juga merupakan sebahagian daripada jumlah jangkitan seluruh Sabah yang direkodkan sebanyak 360 pada hari ini iaitu menurun sembilan kes berbanding semalam.

“Sebanyak lapan daerah lain merekodkan kes dua angka, Sandakan 39 kes (-1), Tawau 39 kes (-3), Tuaran 35 kes (+/-), Papar 26 kes (+2), Putatan 25 kes (-9), Penampang 15 kes (+/-), Keningau 10 kes (+7) dan Lahad Datu 10 kes (-7).

“Manakala tujuh daerah lagi tidak merekodkan sebarang kes baharu hari ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Masidi berkata, keadaan juga tidak banyak berubah daripada kedudukan semalam.

Katanya, kadar positiviti masih tinggi, iaitu 13.18 peratus yang diperolehi daripada 3,027 sampel ujian.

“Semalam kadar positiviti ialah 13.32 peratus dengan 3,034 sampel ujian. Ini bermakna kadar penularan masih tinggi yang akan mengakibatkan jumlah kes harian juga akan kekal tinggi,” katanya.

Tambahnya, sebanyak 354 daripada 360 kes yang direkodkan hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, dua kes dalam Kategori 3 dan empat kes dalam Kategori 4.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *