HomeUtamaKerajaan Negeri sumbang RM200,000 kepada Paroki Gereja St Michael Penampang

Kerajaan Negeri sumbang RM200,000 kepada Paroki Gereja St Michael Penampang

Read Time:45 Second

PENAMPANG: Kerajaan Negeri Sabah menyerahkan bantuan kewangan sebanyak RM200,000 kepada Paroki Gereja St Michael Penampang, di pejabat gereja itu di sini, pada Khamis.

Bantuan kewangan sebanyak RM200,000 itu adalah untuk menambah baik tanah perkuburan dan struktur lain yang telah dikenalpasti oleh ahli jawatankuasa paroki gereja berkenaan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor diwakili Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir, untuk menyampaikan sumbangan replika cek itu kepada Pengerusi Kewangan dan Harta Benda Paroki Gereja St
Michael Penampang, Ernest Mojikon.

Bantuan kewangan daripada kerajaan negeri itu juga sebagai tanda keprihatinan kerajaan, yang melihat ada keperluan untuk menambah baik kemudahan rumah ibadat bukan Islam seperti gereja di negeri ini.

Sementara itu, bagi memastikan kebajikan semua kaum dan agama di Sabah akan terjaga, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM47 juta untuk badan agama bukan Islam dan untuk sekolah vernakular, mubaligh serta sekolah persendirian di seluruh negeri, pada tahun ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya