HomeUtamaKMKM platform pupuk semangat patriotisme

KMKM platform pupuk semangat patriotisme

Read Time:1 Minute, 3 Second

BEAUFORT : Program Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia (KMKM) 2022 yang dilancarkan 31 Julai lalu merupakan satu platform terbaik bagi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Isnin Aliasnih berkata, menerusi program itu, usaha dipamer peserta konvoi secara tidak langsung akan memberi semangat kepada masyarakat pelbagai kaum untuk turut sama mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda cintakan negara.

“Usaha mengibarkan Jalur Gemilang ini bukan hanya terhad pada sambutan bulan kebangsaan malah ia seharusnya dikibarkan pada setiap masa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media dalam Program Sambutan Konvoi KMKM 2022 Peringkat Daerah di perkarangan Pejabat Daerah Beaufort, di sini semalam.

Isnin berkata, dengan usia kemerdekaan yang kini memasuki 65 tahun, sambutan seharusnya dizahirkan dengan lebih baik melalui pelbagai platform sejajar dengan kehendak semasa.

“Kepada peserta konvoi, rakamlah gambar ketika berada di setiap daerah agar apa yang kita kecapi selama ini mampu dilihat kepada masyarakat di luar sana,” katanya.

Terdahulu, Isnin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias turut menyampaikan Jalur Gemilang kepada wakil-wakil agensi kerajaan negeri dan Persekutuan seterusnya menandatangani Buku Lawatan KMKM 2022.

Hadir sama Pegawai Daerah, Mohd Nazri Ajun, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Lumadan, Dioslin Agustine, Ketua Trafik Daerah IPD Beaufort, ASP Sabaruddin Makurade serta Pegawai Penerangan Daerah, Awang Muil Awang Raya.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya