HomeIsu tempatanGempa bumi lemah dilaporkan di Kundasang pagi tadi

Gempa bumi lemah dilaporkan di Kundasang pagi tadi

Read Time:41 Second

RANAU: Gempa bumi lemah dilaporkan berlaku di daerah Kundasang pada jam 7.27 pagi tadi.

Gempa bumi lemah itu dikesan berlaku di koordinat 6.1 darjah utara dan 116.6 darjah timur dengan magnitud 3.1.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan mengesahkan, gempa bumi itu dikesan pada jarak 13 kilometer barat laut dari Ranau.

Katanya, gegaran pada kedalaman 10 kilometer itu dapat dirasai di sekitar Kundasang dan Ranau.

“MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Talib, ketika dihubungi berkata bomba tidak menerima sebarang aduan susulan gempa bumi itu lapor Berita Harian

Bagaimanapun, katanya, BBP Ranau akan terus melakukan pemantauan di sekitar kawasan Pekan Kundasang dan Ranau.

“Setakat ini keadaan terkawal dan hasil laporan pasukan bomba yang memantau, tiada kerosakan bangunan dilaporkan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular