HomeIsu tempatanBomba keluarkan jari kanak-kanak lelaki tersangkut di kereta mainan

Bomba keluarkan jari kanak-kanak lelaki tersangkut di kereta mainan

Read Time:44 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak terpaksa menahan kesakitan hampir sejam apabila jarinya tersangkut pada kereta mainan dalam satu kejadian di Kampung Likas dekat sini pagi tadi. (13 Ogos)

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 11.10 pagi tadi.

Anggota Bomba berjaya mengeluarkan jari kanak-kanak lelaki yang tersangkut pada kereta mainan dengan menggunakan peralatan khas. -Foto ihsan JBPM Sabah

“Seorang pegawai bersama anggota dari Balai Bomba Lintas bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun jarinya tersangkut pada kereta mainan.

“Tindakan pasukan Bomba berjaya mengeluarkan jari kanak-kanak tersebut dengan selamat menggunakan peralatan khas,” kata kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Pemeriksaan lanjut dijalankan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain dan seterusnya operasi selama kira-kira 20 minit itu ditamatkan pada jam 11:34 pagi.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

28 Hafiz, Hafizah sertai kategori hafazan pada MTHQNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya