HomeUtamaJBPM komited memperkasa pasukan Bomba Komuniti di kawasan terpencil di Sabah

JBPM komited memperkasa pasukan Bomba Komuniti di kawasan terpencil di Sabah

Read Time:2 Minute, 40 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PENAMPANG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) komited memperkasa dan membantu dalam memberi latihan tentang aspek keselamatan khususnya pasukan Bomba Komuniti di kawasan-kawasan terpencil di negeri ini.

Ketua Pengarah JBPM Dato Sri Ts. Mohammad Hamdan Wahid berkata, JBPM telah mewujudkan lebih 8,000 Bomba Komuniti iaitu terdiri dari Kumpulan Rukun Tetangga (KRT) di seluruh negara. Ini termasuk Bomba Komuniti yang baru diwujudkan di Kg Terian, Penampang.

Katanya, Bomba Komuniti diwujudkan disebabkan lebih 2,800 ‘hot spot’ di seluruh negara yang kenalpasti sebagai ‘blind spot’ memandangkan perkhidmatan Bomba terlalu jauh dari kawasan yang mempunyai penduduk yang ramai.

“Apabila pihak JBPM Sabah berhajat untuk membaikpulih rumah adik Ayon Manson di Kg Terian ini, kita melihat komuniti di sini rupanya satu perkampungan yang penduduknya ramai, kediaman mereka jauh dan terpencil dari perkhidmatan kebombaan jadi kenapa tidak kita lanjutkan bukan sahaja dari aspek keselamatan kebakaran, bantu dari segi khidmat komuniti dan juga masuk dalam elemen modul kurikulum sekolah.

“Sekurang-kurangnya beri impak kepada komuniti bukan sahaja semasa di sekolah tetapi di rumah, statistik tinggi kemalangan berlaku adalah kelemasan, di sini ada sungai, jeram dan punca air, justeru amat perlu diberi pendedahan dan latihan langkah-langkah keselamatan dan cara menyelamat sekiranya berlakunya kelemasan serta segala elemen-elemen keselamatan diri, oleh itu kempen sebegini banyak yang kita boleh beri kepada masyarakat dan pembinaan post ‘fire point’ adalah sangat berguna.

“Justeru, kita menggunakan peluang ini untuk memperkasa serta menjayakan Pasukan Bomba Komuniti ini terdiri dari 10 orang ahli dan juga merupakan penduduk Kg Terian sendiri sebagai satu pasukan penyelamat awal dan membantu pihak Bomba sekiranya berlaku kecemasan atau sebelum ketibaan pihak Bomba,” katanya pada sidang media selepas perasmian Program Khidmat Bakti Bomba dan Kempen Keselamatan Kebakaran di Kg Terian, Penampang pada Sabtu. (13 Ogos)

Acara perasmian program disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementeriaan Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia Datuk M Noor Azman Taib. Turut hadir Pengarah JBPM Sabah Abdul Razak Muda.

Program yang berlangsung selama tiga hari bermula 11 hingga 13 Ogos 2022 melibatkan seramai 450 sukarelawan, penduduk kampung, agensi-agensi Kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO), pihak Swasta dan persatuan-persatuan berganding bahu hadir memeriahkan seterusnya menjayakan program tersebut.

Program tersebut merangkumi baikpulih rumah anak angkat JBPM adik Ayon Manson sekeluarga, pembaikan astaka sekolah dan kemudahan asas persekitaran serta Pembinaan “Fire Point”.

‘Fire Point’ merupakan lokasi penyimpanan peralatan bagi keperluan penyelamatan dan pemadaman. Kelengkapan ini sebagai persediaan awal sebelum ketibaan agensi penyelamat. Peralatan yang ditempatkan di penempatan ‘Fire Point’ adalah peralatan keselamatan di air iaitu Pelampung (buoy), jaket keselamatan dan tali menyelamat. Sejumlah enam unit alat Pemadam Api 9kg jenis serbuk turut disediakan di ‘Fire Point’ bagi tujuan pemadaman.

Menurut Mohammad Hamdan, Pasukan Sedia Urus Risiko Isi Rumah (SURI) turut diwujudkan di Kg Terian, anggotanya melibatkan suri-suri rumah di kampung itu.

Pasukan SURI Kg Terian menjalankan latihan memadam api sempena program Khidmat Bakti Bomba dan Kempen Keselamatan Kebakaran.

“Kita fokus kepada suri rumah kerana dapur tempat berlakunya bila-bila masa kebakaran sama ada menggunakan dapur gas atau peralatan elektrik yang menjadi punca sebagai bahan api, jadi Program SURI dilancar adalah sebagai memberi pengetahuan asas sekiranya berlaku kecemasan kebakaran.

Tambah beliau, SURI dilaksanakan pada tahun 2018 dan mendapat sambutan amat baik di seluruh negara.

RELATED ARTICLES
Utama

Tun Juhar banyak menyumbang kepada Sabah sepanjang tempoh perkhidmatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular