HomeUtamaJHEWA sedia Klinik Bantuan Guaman khusus untuk wanita

JHEWA sedia Klinik Bantuan Guaman khusus untuk wanita

Read Time:1 Minute, 12 Second

PUTATAN : Kerajaan Negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) menyediakan Klinik Bantuan Guaman khusus untuk golongan wanita. 

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir Shahelmy Yahya berkata, pusat bantuan guaman ini menyediakan perkhidmatan bantuan guaman secara percuma berkaitan kes kekeluargaan Syariah, Sivil dan Adat Negeri. 

Katanya, dengan adanya Klinik Bantuan Guaman itu akan lebih ramai masyarakat khasnya golongan wanita yang tidak berkemampuan dapat dibantu atau diwakili di mahkamah. 

“Selain itu, khidmat nasihat guaman dan mediasi undang-undang berkaitan wanita juga diberikan. 

Shahelmy (Tengah) mengabdikan gambar kenangan bersama tetamu yang hadir.

“Berdasarkan statistik, setakat Januari 2022 sehingga Jun 2022 sebanyak 46 kes sedang dikendalikan oleh PBGW,” katanya semasa merasmikan Program Jerayawara Jelajah Sabah Daerah Putatan. 

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat menyeru kaum wanita agar berani serta bijak mengambil peluang memperkasakan diri dalam pelbagai program anjuran JHEWA dan MPWS.

Program Jerayawara Jelajah Sabah pada kali ini merupakan destinasi keempat sebelum meneruskan programnya ke lima daerah yang telah ditetapkan pada tahun ini. 

Program tersebut bertujuan menyebarluaskan maklumat perkhidmatan yang terdapat di bawah Majlis Penasihat Wanita Sabah, Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). 

Turut hadir, Pengerusi Induk Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS), Datuk Dr Tarsiah TZ Taman, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah, Haslina Ismail dan Penolong Pegawai Daerah Putatan, Edward Bungsu.

RELATED ARTICLES
Utama

MUIS serah sumbangan kepada 16 KIR terjejas kebakaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular