HomeSukanSatu mata bermakna untuk dibawa pulang - Kim Swee

Satu mata bermakna untuk dibawa pulang – Kim Swee

Read Time:1 Minute, 46 Second

ALOR SETAR : Pengendali Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berpuas hati dengan keputusan yang dihasilkan para pemain dalam perlawanan menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC meskipun hanya mampu mengikat keputusan seri 1-1 di Stadium Darul Aman di sini malam tadi.

Katanya, keputusan itu juga membolehkan Sabah FC membawa pulang satu mata di gelanggang lawan seterusnya mengukuhkan lagi kedudukan dalam carta Liga Super.

“Kita bermain agak baik dimana kita mengawal permainan pada awal separuh masa pertama dan keseluruhan saya percaya separuh masa kedua tetapi peluang-peluang yang kita ada tidak dapat disempurnakan.

“Dan apabila Kedah mendapat gol pada awal minit permainan sudah tentu itu mengubah corak permainan kita, namun kita terus kekal berusaha terutama pada separuh masa kedua dimana kita berjaya mendapatkan gol pada lewat permainan.

“Jika gol hadir pada lebih awal, saya percaya kita mampu untuk mendapatkan lagi gol kemenangan,” katanya dalam sidang media selepas tamat perlawanan di sini semalam.

Kim Swee berkata, pasukan tuan rumah dilihat berada dalam tekanan dimana mereka tidak menunjukkan prestasi yang baik dalam liga pada musim ini namun percaya Kedah mempunyai kualiti pemain yang cukup baik.

“Mereka juga telah bermain bersama-sama agak lama dan untuk mendapatkan satu mata dan setahu saya Kedah masih belum tewas ditempat sendiri musim ini.  Saya percaya Kedah akan bangkit terutama dalam saingan Liga Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Kim Swee  turut berpuas hati dengan corak permainan yang dipamerkan pemain muda Farhan Roslan yang beraksi cemerlang dalam beberapa perlawanan musim ini.

“Saya mengambil Farhan pada pertengahan musim dan kita tahu Farhan merupakan pemain yang cukup berpengalaman dan untuk mendapat kesebelasan utama sudah tentu beliau harus berusaha tetapi saya tidak memikirkan semua itu.

“Apa yang penting sesiapa yang dimasukkan sekalipun harus menunjukkan komitmen yang lebih tinggi dan ini terbukti apabila Farhan diberi peluang dia mengambil kesempatan dengan baik,” katanya.

Beliau turut percaya Farhan mempunyai karier yang lebih panjang dan ia merupakan satu lagi aset untuk pasukan skuad Badak.

Terdahulu, dalam perlawanan menentang KDA FC semalam, Farhan berjaya membantu Sabah FC membawa pulang satu mata menerusi jaringan gol pada minit ke-84 manakala gol tuyan rumah dijaringkan Ronald Ngah pada minit ke-6.

RELATED ARTICLES
Sukan

34 pasukan jayakan Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Kuala Penyu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular