HomeIsu tempatanAmal budaya saling hormat-menghormati, kunci utama perpaduan dikalangan masyarakat di Sabah

Amal budaya saling hormat-menghormati, kunci utama perpaduan dikalangan masyarakat di Sabah

Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU : Kepelbagaian agama dan etnik selain sentiasa mengamalkan budaya saling hormat-menghormati menjadi antara kunci utama kepada pengukuhan perpaduan dikalangan masyarakat di negeri ini.

Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Sabah Delin Liet Blaun berkata, sifat saling menghormati anutan beragama yang diamalkan oleh masyarakat di negara ini khususnya di Sabah terbukti  memperkukuh integrasi nasional.

“Menjadi tanggungjawab ahli masyarakat untuk saling menghormati dan bekerjasama dalam mengekalkan keharmonian.

“Oleh itu, program ‘Doa Sayangi Malaysia’ merupakan wadah terbaik mengukuh perpaduan melalui hak kebebasan dan toleransi beragama yang diamalkan di selama ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Doa Sayangi Malaysia sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2022 di bangunan Gurdwara Sahib di sini semalam.

Program itu merupakan anjuran Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) dan Persatuan Kinabalu Singh Sabah (KSSA).

Sementara itu wakil KSSA, Datuk Ir. Amarjit Singh berkata, program sembahyang dan doa ini turut mengangkat peranan masyarakat bukan beragama Islam untuk sama-sama memohon dan mendoakan kesejahteraan negara.

“Program ini juga menjadi pemangkin kepada peranan masyarakat bukan beragama Islam bersama-sama kerajaan mengukuhkan keharmonian masyarakat berbilang kaum dengan kebebasan beragama sebagai salah satu erti dan intipati kemerdekaan.

“Menjadi harapan kami agar program seumpama ini mampu menyemarakkan lagi rasa cintakan negara selain menjadi satu wadah perpaduan dan cara menyemai toleransi dalam kalangan rakyat di negeri dan negara ini,”katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

30 kakitangan, pelajar UMS bakal tawan puncak Gunung Kinabalu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular