HomeIsu tempatan92 peserta layak terima lesen perkapalan kecil

92 peserta layak terima lesen perkapalan kecil

Read Time:2 Minute, 17 Second

NABAWAN: Seramai 92 peserta telah berjaya dalam pemeriksaan fizikal kapal kecil yang dilaksanakan di daerah kecil Pegalungan di sini semalam.

Program yang diadakan sempena Super Youth Perlesenan Kapal Kecil itu dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah dan Jabatan Perkapalan dan Dermaga Sabah (JPDS) yang bermula sejak 19 Ogos lalu.

Pelbagai aktiviti lain turut diadakan antaranya penyerahan bendera kepada penduduk sekitar bersempena Program 10 Thousand Steps Challenge, penyerahan sumbangan ikhlas daripada Kelab Rekreasi KBSS dan penyerahan peralatan sukan kepada enam buah sekolah rendah daerah kecil Pegalungan.

Majlis perasmian penutupan disempurnakan Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin.

Ketika berucap, Ellron berkata, pemilik-pemilik bot kecil penting untuk mendapatkan lesen agar mereka tahu dan maklum mengenai tanggungjawab dan aspek keselamatan selaku operator bot kecil.

“Saya melihat ramai pemilik bot mahir dalam pengendalian kapal kecil ini namun kurang arif mengenai aspek keselamatan diri serta penumpang dan tanggungjawab.

“Oleh itu, pelaksanaan program ini pastinya  akan mendedahkan kepada pemilik bot untuk lebih cekap dan bertanggungjawab semasa mengendalikan bot kecil apatah lagi dimana mereka sekarang ini mempunyai lessen,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook berkata, bagi memenuhi permintaan warga Pegalungan yang tidak mendapat lesen semasa program ini, pihaknya akan merangka satu lagi program perlesenan kapal kecil yang bakal diadakan pada bulan November nanti.

“Saya telahpun berbincang perkara ini dengan Pegawai Daerah Nabawan Neldin Gimbang dan Timbalan Setiausaha Tetap KBSS (Sektor Belia) William Ahlan, akan ada lagi program susulan berkaitan perlesenan kapal kecil memandangkan permintaan luar jangka oleh ramai warga Pegalungan yang berhasrat memiliki lesen.

“Walau bagaimanapun program yang bakal diadakan pada bulan November akan mensasarkan mereka yang tidak tersenarai dalam program kali ini dan mereka yang berumur 40 tahun ke atas dan haruslah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak JPDS,” katanya.

Dalam pada itu beliau turut memaklumkan kepada warga Pegalungan, kementeriannya dalam usaha untuk mengembangkan potensi sosioekonomi belia Sabah melalui Program Skim Jaya Usahawan Belia (SYABAS).

SYABAS merupakan sebuah program baharu kerajaan negeri Sabah di bawah seliaan KBSS bagi memacu pembangunan ekonomi belia Sabah.

“Saya ingin memaklumkan kepada warga Pegalungan program ini akan memfokuskan dua kategori bantuan kewangan iaitu RM 2,000 bagi mereka yang baru memulakan perniagaan dan RM 5,000 bagi mereka yang ingin mengembangkan perniagaan.

Jelasnya lagi, program ini terbuka kepada belia Sabah yang berumur 18-40 tahun dan mempunyai lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Rebutlah peluang dan ruang ini terutama mereka yang layak serta memenuhi kriteria yang ditetapkan, hal ini penting bagi meningkatkan sosioekonomi anda di kawasan ini,” katanya.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Tetap merangkap Presiden Kelab dan Rekreasi KBSS William Ahlan,  Pegawai Daerah Nabawan Neldin Gimbang, Setiausaha Politik Menteri Belia dan Sukan Sabah Jre Jreneus Pagut, Ketua Daerah Kecil Pegalungan  OKK Philip Antugi.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular