HomeIsu tempatanAnimasi tempatan "Sumanga" raih tempat kedua Pertandingan Antarabangsa Festival Seni Monaco

Animasi tempatan “Sumanga” raih tempat kedua Pertandingan Antarabangsa Festival Seni Monaco

Read Time:1 Minute, 9 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KENINGAU: Cerita animasi tempatan yang bertajuk “Sumanga” meraih hadiah tempat kedua menerusi Pertandingan Antarabangsa Kategori Cerita Animasi di Festival Seni Monaco yang berlangsung secara dalam talian pada 20 Ogos lalu.

Pengarah Kolej Vokasional Keningau (KVK) Johari @ Jaibet Sabin berkata, karya seni animasi “Sumanga” adalah hasil ciptaan seorang pelajarnya Mohd Zahrul Hanif Hanapiah, iaitu pelajar Berkeperluan Khas KVK.

“Tahniah kepada kejayaan pelajar ini kerana ianya membuktikan kemampuan pelajar-pelajar Berkeperluan Khas mempunyai bakat tersendiri yang amat membanggakan bukan sahaja menaikkan nama kolej tetapi juga membawa nama negara ke persada dunia.

“Saya harap agar amalan seni dan budaya seperti cerita animasi itu dapat diperluaskan lagi untuk membantu mengasah bakat pelajar dan pada masa yang sama memelihara warisan budaya,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Johari, cerita animasi “Sumanga” ia adalah merupakan kisah semangat penjaga perahu yang mampu membawa tuah dan memberi perlindungan kepada nelayan dan pelayar mengikut kepercayaan mitos masyarakat dahulukala.

“Cerita animasi ini mengisahkan bagaimana ketamakan dan kejahilan masyarakat menyebabkan Sumanga meninggalkan penempatan nelayan dibawah jagaannya. Semangat itu berbuat demikian kerana para penduduk setempat telah mengabaikan tanggungjawab memelihara alam sekitar dan menjaga kebajikan sesama sendiri.

“Akibatnya, kampung-kampung di persisiran pantai mula dilanda malapetaka seperti ribut dan banjir serta pengurangan mendadak hasil tangkapan ikan. Akhirnya, para nelayan tersebut mula menyedari kesilapan mereka,” katanya.

Kisah animasi yang bertajuk “Sumanga” boleh ditonton melalui pautan berikut: https://youtu.be/LIk90d_eB7Q

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

‘Skolar Next Level’ beri pendedahan guna teknologi AI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular