Ketua Menteri terima kunjungan Ketua Pengarah JAKIM

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:29 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang baharu, Datuk Hakimah Mohd Yusoff di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.

Hakimah dilantik ke jawatan itu pada pada 21 Mac 2022, menggantikan Datuk Abdul Aziz Jusoh yang bersara wajib pada 9 November lalu.

Beliau telah mencipta sejarah sebagai wanita pertama yang memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah JAKIM.

Turut hadir ialah Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Arif, Pengarah Bahagian Keurusetiaan dan Hubungan Luar JAKIM, Zahrollail Zainal dan Setiausaha Tuhas-Tugas Khas, Sapdin Ibrahim.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *