HomeIsu tempatanPEDI diyakini beri manfaat besar kepada komuniti

PEDI diyakini beri manfaat besar kepada komuniti

Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA BELUD : Pengwujudan Pusat Ekonomi Digital (PEDI) di Kampung Pantai Emas di sini diyakini akan dapat memberi manfaat yang besar kepada komuniti setempat.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan berkata, ianya juga akan dapat memudahkan segala urusan harian dengan lebih pantas dan menjimatkan kos serta masa bagi penduduk setempat.

“Saya difahamkan, pusat ini ada menyediakan kemudahan seperti pembelajaran ilmu ICT, kelas keusahawanan, pembayaran bil secara online, seperti bil air, bil telefon dan sebagainya.

“Selain itu juga, antara kemudahan-kemudahan lain yang disediakan di PEDI ini adalah seperti pendaftaran syarikat (SSM), kelas tuisyen online, penjagaan kesihatan, sewaan bilik kelas dan banyak lagi perkhidmatan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Program Hari Bersama Komuniti, PEDI Kampung Pantai Emas di sini.

Yakub berkata, PEDI dikawasan itu turut dilengkapi dengan peralatan seperti 20 biji komputer, mesin pencetak, mesin pengimbas yang lengkap dengan kemudahan Internet serta WiFi.

Katanya, untuk mendaftar sebagai ahli PEDI hanya dikenakan sebanyak RM5 untuk seumur hidup dan kelebihan apabila menjadi ahli, mereka akan menikmati beberapa faedah seperti pengurangan harga dalam penggunaan komputer, mencetak dan sebagainya.

Justeru beliau Menteri agar semua penduduk setempat untuk merebut peluang untuk mendaftarkan diri sebagai ahli dan dapat menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan dengan penuh berhemah dan bertanggungjawab.

“Saya turut berharap agar masyarakat setempat terutamanya usahawan dan golongan muda yang berminat dengan bidang perniagaan atas talian akan dapat mengambil peluang untuk mendalami bidang teknologi maklumat dan menggunakannya sebagai platform untuk memajukan diri dan sosio ekonomi setempat.

“Justeru dengan adanya PEDI di Kampung Pantai Emas ini yang diterajui oleh tenaga pengajar yang terlatih, akan dapat mentransformasikan corak kehidupan masyarakat setempat ke arah masyarakat berteknologi maklumat serta berdaya saing,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

28 Hafiz, Hafizah sertai kategori hafazan pada MTHQNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya