HomeUtamaAspek keselamatan, keselesaan rekabentuk jambatan kekal diambil perhatian serius

Aspek keselamatan, keselesaan rekabentuk jambatan kekal diambil perhatian serius

Read Time:1 Minute, 42 Second

KENINGAU : Aspek keselamatan dan keselesaan dalam rekabentuk jambatan kekal khususnya melibatkan perhubungan antara Kota Kinabalu-Keningau-Tenom yang terputus hubungan sebelum ini akan diambil perhatian serius.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup berkata,  laluan itu sebelum ini terputus akibat kegagalan struktur pembentungan yang berpunca dari hujan lebat berterusan.

“Kementerian Kerja Raya (KKR) mengambil serius aspek keselamatan dan keselesaan dalam rekabentuk jambatan kekal terutamanya bagi memastikan risiko berlakunya kegagalan struktur dapat diatasi dengan menyeluruh.

“Sehubungan itu, kerja-kerja awalan bagi jambatan kekal sepanjang 30 meter telah dimulakan dan pembinaan jambatan kekal tersebut dijangka akan siap sepenuhnya pada Februari 2024,” katanya dalam kenyataan selepas mengadakan lawatan susulan ke laluan terputus hubungan itu di sini hari ini.

Arthur berkata, berdasarkan kepada perancangan kerja pihak kontraktor, jentera akan mula masuk ke tapak pembinaan pada awal bulan depan.

Katanya, kerja-kerja fizikal di tapak dijangka akan lebih rancak dalam usaha untuk memastikan projek pembinaan jambatan tersebut akan siap dalam tempoh yang telah ditetapkan.

“Sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia, saya bersama-sama agensi pelaksana, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah memberikan komitmen untuk sentiasa memantau kemajuan kerja dari semasa ke semasa.

“Adalah menjadi harapan saya agar projek tersebut dapat disiapkan mengikut spesifikasi dan jangka masa yang telah ditetapkan agar isu dan permasalahan yang timbul sebelum ini dapat diatasi sepenuhnya,” katanya.

Sementara itu, Arthur berkata, pembinaan Jambatan Sungai Liau mencerminkan keprihatinan Kerajaan Persekutuan dalam memastikan Keluarga Malaysia di Sabah dapat menikmati ketersambungan perhubungan darat yang selesa dan selamat.

Katanya, sepanjang tempoh pembinaan, Jambatan Bailey sedia ada akan dikekalkan sebagai jalan alternatif bagi memastikan perhubungan darat antara daerah Keningau dan Tenom tidak terputus.

“Saya turut berharap dan memohon kerjasama pengguna jalanraya agar sentiasa berhati-hati serta mematuhi arahan di tapak pembinaan.

“Kesabaran para pengguna jalan raya di sepanjang tempoh pembinaan dalam kita menyediakan kemudahan infrastruktur yang baru amat dihargai,” katanya.

Sebelum ini Kerajaan Persekutuan telah meluluskan pembinaan jambatan kekal sebagai langkah penyelesaian kepada isu jalan Kota Kinabalu – Keningau – Tenom KM 117.100 yang terputus akibat kegagalan struktur pembentung yang berpunca dari hujan lebat berterusan.

RELATED ARTICLES
Utama

Draf Kertas Kabinet Mengenai Pengasingan Kuasa AG Dijangka Siap Pertengahan Tahun...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular