HomeIsu tempatanProgram Little League KK asah bakat anak muda sukan bola sepak

Program Little League KK asah bakat anak muda sukan bola sepak

Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBSM) bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyahut seruan oleh Yang Di Pertuan Agong dalam usaha membangunkan sukan bola sepak di Malaysia.

Rangka memperkenalkan program Malaysia Little League sangat membantu memberi fokus untuk mencungkil bakat dalam sukan bola sepak dikalangan belia Malaysia yang berada di peringkat sekolah menengah dan sekolah rendah.

Program ini turut sedang dalam pelaksanaan di peringkat daerah Kota Kinabalu.

Presiden Majlis Belia Sabah, Abqaree Fawwaz Abekan berkata, program seperti ini merupakan satu penghargaan kepada para pelajar di kawasan daerah Kota Kinabalu.

“Syabas dan tahniah kepada para peserta kerana tidak melepaskan peluang menyertai program Malaysia Little League Peringkat Daerah Kota Kinabalu.

“Saya berharap melalui program ini para pelajar akan terus bergiat aktif dalam menjalankan aktiviti sukan khususnya bola sepak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa merasmikan Program Malaysia Little League Peringkat Daerah Kota Kinabalu di Kompleks Sukan Likas disini, hari ini.

Tambah beliau, program seperti ini dapat memberikan kesan positif di samping mencungkil bakat baru dalam pembangunan bola sepak di daerah Kota Kinabalu.

Terdapat lapan pasukan kategori bawah 16 tahun dan lapan pasukan dari kategori 12 tahun akan bertanding dalam program tersebut yang mewakili sekolah masing-masing bagi merebut kejuaraan serta akan menjadi wakil daerah Kota Kinabalu ke peringkat yang seterusnya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS, Yun Fook Resources laksana penyelidikan nutrisi murid sekolah di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular