HomeEkonomiHanya 24 syarikat pemula di Sabah mendaftar di portal MYStartup

Hanya 24 syarikat pemula di Sabah mendaftar di portal MYStartup

Read Time:1 Minute, 52 Second

KOTA KINABALU : Hanya 24 buah syarikat pemula dari Sabah yang telah mendaftar di portal MYStartup yang dibangunkan oleh Cradle sejak dilancarkan 18 November tahun lalu.

Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi Dato Sri Dr Adham Baba berkata, platform nasional yang dilancarkan itu bertujuan untuk menyatukan pelbagai industri dan mewujudkan kerjasama berimpak tinggi.

Katanya, portal itu berfungsi bagi menyelaras, memantau dan menawarkan inisiatif oleh kerajaan serta pihak swasta kepada para usahawan menerusi senarai yang dikemaskini dan komprehensif.

“Sehingga kini, suka saya kongsikan bahawa sebanyak 2,227 syarikat pemula telah mendaftar di portal MYStartup.

“Sekalipun jumlah pendaftaran syarikat pemula di portal MYStartup menunjukkan satu angka yang amat membanggakan namun adalah didapati bahawa jumlah syarikat pemula dari Sabah yang mendaftar masih di tahap rendah iaitu sebanyak 24 syarikat pemula sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan MYStartup East Malaysia Region Roadshow Sabah dan menyaksikan majlis Memorandum Persefahaman (MoU) antara Cradle dengan Sabah Creative Economy and Innovation Centre (SCENIC) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Adham berkata, jumlah yang agak rendah itu adalah disebabkan beberapa cabaran dan kekangan yang dihadapi oleh syarikat-syarikat pemula di Sabah.

“Antara kekangan utama yang dihadapi oleh syarikat-syarikat pemula di Sabah adalah kekurangan bimbingan teknikal dari fasa permulaan sehingga pertumbuhan dalam melaksanakan pembangunan projek dan inovasi mereka.

“Lantas, sebagai tanda keseriusan Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI) terhadap memperkasakan start-up di Sabah, saya berharap agar pada tahun hadapan, program pengukuhan start-up di Sabah dilipatgandakan oleh Cradle,” katanya.

Sementara itu, Adham berkata, Sabah merupakan hentian kelima bagi siri jelajah MYStartup Roadshowyang telah pun diadakan di Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan Sarawak sebelum ini.

Katanya, MOSTI dan Cradle sangat berbesar hati dengan sokongan dan kerjasama daripada rakan komuniti dan teknikal setempat bagi penganjuran program ini.

“Antaranya termasuklah SCENIC, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Sabah Net yang bersama-sama berganding bahu dalam menggerakkan perkembangan komuniti start-up di Sabah.

“Turut bersama menyokong program yang berlangsung selama dua hari ini adalah Petronas Ventures, Seed.Lab, dan SIRIM.

“Pada siri jelajah di Sabah kali ini, MOSTI tidak hanya memfokuskan kepada sesi pembentangan dan taklimat mengenai hala tuju industri start-up di Malaysia tetapi turut memfokuskan pendekatan untuk membawa pakar industri dalam sesi perbincangan secara santai dan bersemuka.,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular