HomeUtamaSabah perlu terus tingkat pengeluaran kopi tempatan

Sabah perlu terus tingkat pengeluaran kopi tempatan

Read Time:2 Minute, 14 Second

RANAU : Pengeluaran kopi tempatan di Sabah dilihat masih rendah dan perlu mengimport kopi bagi memenuhi keperluan masyarakat di negeri ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ini kerana kopi merupakan antara minuman utama masyarakat di negeri selain berpotensi untuk terus dibangunkan.

Katanya, setakat tahun lalu, pengeluaran kopi di negeri ini hanya mencapai tahap kecukupan sebanyak 39 peratus.

“Untuk memenuhi keperluan, kita mengimport kopi sebanyak 1,496 tan dengan nilai RM 12.2 juta, di mana 1,275.34 tan atau 85.25 peratus daripadanya adalah dari negara Indonesia.

“Kebergantungan kepada kopi import adalah membimbangkan, seperti yang terjadi baru-baru ini, apabila berlaku penularan COVID-19 dan masalah perubahan cuaca, harga kopi naik mendadak disebabkan pengeluaran kopi di negara pengeksport terjejas dan hasil kopi tidak dapat dieksport. Oleh yang demikian, kita harus meningkatkan pengeluaran tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Bantuan Projek Pembangunan Industri Kopi daerah Ranau di sini semalam.

Masidi yang juga Menteri Kewangan II Sabah berkata, pada tahun lalu, pengeluaran kopi di Sabah adalah berjumlah 884 tan dengan keluasan bertanam 1,303.5 hektar dan keluasan berhasil 884 hektar.

Katanta, daerah ini juga merupakan pengeluar kedua tertinggi di Sabah selepas daerah Tenom, dengan jumlah pengeluaran 183 tan bagi keluasan bertanam 293 hektar dan keluasan berhasil 183 hektar.

“Penanaman kopi sedia ada ini melibatkan seramai 250 orang pengusaha di kampung Toboh Lama, Tudan Lama, Nagaya, Lipasu, Sosondoton, Torolobou, Tinatasan, Mohimboyon, Keperingan, Waang, Rugading, dan Mibang.

“Saya berharap, penanaman sedia ada ini diteruskan dan dipergiatkan sesuai dengan potensi dan luang pasaran yang semakin berkembang,” katanya.

Sementara itu, Masidi berkata, para pengusaha perlu mengamalkan Amalan Pertanian Baik (APB) bagi memastikan penanaman kopi yang dilaksanakan berproduktiviti tinggi, lestari dan dapat mengeluarkan hasil yang selamat dan berkualiti.

Katanya, pengusaha kopi di bawah bimbingan Jabatan Pertanian Sabah telah pun diberi taklimat tentang APB dimana ladang yang mengamalkan APB akan diberi pengiktirafan Pensijilan myGAP.

“Saya dimaklumkan juga setakat ini ladang kopi di Ranau sedang dalam bimbingan dan belum ada yang mendapat pensijilan. Oleh yang demikian, saya menyeru agar pengusaha kopi di daerah Ranau bekerjasama dengan pihak Jabatan Pertanian Sabah agar semua ladang kopi di Ranau mendapat Pensijilan myGAP,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi berkata, pasaran kopi tidak terhad kepada biji kopi mentah sahaja, kopi boleh diproses untuk menghasilkan produk hiliran yang mempunyai pasaran yang luas dan dapat menambah nilai hasil kopi.

Katanya, harga produk kopi pada masa ini boleh mencapai adalah RM40 hingga RM55 sekilogram untuk kopi uncang, RM120 hingga RM130 sekilogram untuk Roasted Whole bean Coffee dan RM125 hingga RM135 sekilogram untuk Serbuk Black Coffee.

“Oleh itu, penghasilan produk hiliran perlu dipergiatkan seiring dengan peningkatkan penanaman kopi di daerah Ranau,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Labuan hari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular