HomeIsu tempatan1,200 pain darah disasarkan pada kempen derma darah terbesar di Sabah

1,200 pain darah disasarkan pada kempen derma darah terbesar di Sabah

Read Time:1 Minute, 39 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak 1,200 pain darah disasarkan untuk dikumpul pada kempen derma darah tahunan Centre Point Sabah (CPS) yang akan diadakan November depan.

Kempen bertemakan ‘Kami Sayang, Kami Prihatin, Kami Memberi’ itu dianjurkan bersama CPS dan Lions Club Kota Kinabalu Mandarin.

CPS dalam satu kenyataan berkata, kempen derma darah yang terbesar di Sabah selama lebih 20 tahun itu adalah bagi membantu menampung kekurangan bekalan darah di bank darah pelbagai hospital di negeri ini.

Menurut kenyataan itu, kempen itu juga telah menarik lebih 1,000 orangs setiap tahun untuk menderma darah dengan rekod tertinggi mencecah 1,600 pain pada 2019 seterusnya menjadi antara tiga penganjur kempen derma darah terbaik bagi negeri Sabah.

“Pada tahun ini sebanyak 24 penganjur bersama akan menyertai kempen ini.  Bagi pihak penganjur kita menggesa dan mengharapkan kepada orang ramai khususnya para penderma darah tetap untuk memberi sokongan kepada kempen derma darah ini.

“Selain daripada menyokong aktiviti yang mulia ini, para penderma yang berjaya untuk menderma akanlayak untuk mendapatkan satu beg berisi barangan keperluan,” kata kenyataan itu di sini semalam.

Antara yang akan menyertai kempen itu adalah Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE1); Hospital Queen Elizabeth 2 (HQE2); Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas Sabah (HWKKS); Hospital Kudat; Hospital Beaufort; Hospital Ranau; Hospital Tambunan dan Hospital Keningau.

Turut menyertai badan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Penampang; Kelab Lions KK Centennial;  Kelab Lions Tanjung Aru; Kelab Lions Tuaran; Persatuan Alumni Taiwan Sabah; Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah KK; Persatuan Kebajikan Cina Sabah; Persatuan Puak KK Zhang; Persatuan Komuniti Perniagaan (ABC); Persatuan Pemandu Pelancong Sabah; Junior Chamber International Lintas; Kelab Kebajikan Raisul; Kelab Lions Ranau; Kelab Lions KK Lintas; Kelab Lions KK Capital; dan Kelab Lions Kota Kinabalu Asia City.

Sementara itu, kenyataan itu turut berkata, para penderma juga akan layak menyertai cabutan bertuah selain berpeluang memenangi beberapa hadiah menarik.

“Walaupun fokusnya adalah untuk meningkatkan kesedaran menderma darah kepada golongan yang memerlukan, kempen derma darah itu juga mendorong orang ramai untuk menderma darah dengan lebih kerap.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular