HomeIsu tempatanToh Puan Norlidah dan rombongan diraikan sempena lawatan kerja ke Sarawak

Toh Puan Norlidah dan rombongan diraikan sempena lawatan kerja ke Sarawak

Read Time:43 Second

KUCHING : Sempena lawatan rasmi tiga hari ke Kuching, Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah R.M Jasni dan rombongan diraikan dalam satu majlis makan malam.

Ketibaan rombongan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak disambut oleh Isteri Speaker DUN Sarawak, Datuk Fatimah Mohd. Iskandar.

Menyerikan majlis, Isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Raghad Kurdi Taib hadir sambil diiringi Isteri Premier Sarawak, Puan Sri Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Pada majlis itu, Orkestra Prodigy yang mengiringi persembahan selama dua jam, nyata berjaya memukau rombongan menerusi rangkaian lagu era 80an dan 90an yang dipersembahkan oleh artis-artis tempatan Sarawak.

Selain persembahan tarian tradisi di negeri ini dan lagu-lagu etnik Sabah, suasana dalam di dewan dihangatkan dengan persembahan Setiausaha Perhubungan Istana Seri Kinabalu, Datuk Mohd Rashid Mohd Tahir yang mendendangkan lagu “Seiring dan Sejalan” berduet dengan salah seorang artis tempatan./Penerangan-

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya