HomeUtamaPKRL pertama di Sabah diyakini mampu sebar maklumat teknologi pertanian terkini

PKRL pertama di Sabah diyakini mampu sebar maklumat teknologi pertanian terkini

Read Time:1 Minute, 12 Second

TULID : Penubuhan Pusat Khidmat Rakan Ladang (PKRL) di Kampung Tulid di sini dijangka akan dapat menyelesaikan permasalahan isu-isu berkenaan tanaman disamping menjadi tempat yang inklusif bagi menyebar maklumat teknologi pertanian terkini.

Penubuhan PKRL itu adalah hasil kerjasama antara Agricultural Chemicals (M) Sdn Bhd dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Keningau.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, PKRL di kampung berkenaan juga merupakan yang pertama diwujudkan di Sabah dan akan menjadi platform yang menghubungkan para pembekal dan para peladang serta petani di kawasan pedalaman.

Katanya, inisiatif yang dilancarkan itu akan dapat memudahkan peladang dan petani di kawasan pedalaman mendapat khidmat nasihat dan keperluan-keperluan pertanian seperti racun dan sebagainya tanpa perlu ke Keningau.

“Sehubungan itu, PPK Keningau akan menganjurkan pelbagai aktiviti bagi merancak serta mempromosikan fungsi dan peranan PKRL seterusnya memberikan impak kepada aktiviti perniagaan kedai input tersebut.

“Penubuhan PKRL Kampung Tulid mencerminkan komitmen Kerajaan bagi memastikan para petani dan peladang di kawasan pedalaman Sabah tidak ketinggalan dalam merancakkan industri pertanian negara,” katanya.

Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, kawasan pedalaman negeri ini mempunyai potensi yang tinggi dalam meningkatkan industri peladangan dan pertanian di negeri Sabah.

Katanya, disamping itu ianya juga memainkan peranan yang amat penting dalam menjamin kelestarian keselamatan makanan negara.

Di majlis yang sama, Arthur turut merasmikan Kedai Input Pertanian Pertubuhan Peladang Kawasan Sook dan menyampaikan sumbangan sebanyak RM5,000 kepada kepada Pertubuhan Peladang Parlimen Pensiangan bagi membantu pelaksanaan program dan aktiviti persatuan tersebut.

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya