Teguh bersama doakan kesejahteraan negara – Joniston

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU: Masyarakat di negeri ini diseru agar tetap teguh bersama dalam mendoakan kesejahteraan negara.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai berkata, walaupun berlainan kepercayaan dan fahaman, masyarakat harus mendoakan yang terbaik untuk negara yang tercinta. 

“Kita umpama sebuah keluarga, walaupun berbeza pegangan agama, kita tetap teguh bersama dalam mendoakan kesejahteraan negara. 

“Program Doa Sayangi Malaysia memberi ruang dan peluang khususnya kepada rakyat Sabah yang bukan beragama Islam untuk turut sama menzahirkan doa kesejahteraan negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Doa Sayangi Malaysia di K.K. Peak Nam Tong Buddhist Mission, di sini semalam.

Joniston berkata, pelbagai kumpulan masyarakat terutamanya badan keagamaan telah bersama-sama dalam menjayakan program ini bertepatan dengan tema Sambutan Hari Kebangsaan ke-65.

Katanya yang turut  menegaskan isu agama dan bangsa tidak seharusnya digunakan untuk cuba untuk kepentingan peribadi.

“Jangan guna isu sensitif seperti agama dan bangsa kerana boleh menggugat perpaduan serta kesatuan yang sedia ada dalam sebuah keluarga besar Malaysia,” katanya.

Program anjuran Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) itu turut diadakan di beberapa lokasi berlainan antaranya di Gereja Pelita Cahaya Pitas, Gurdwara Sahid dan Kuil Sri Pasupathinath pada hari berasingan.

Hadir sama, Pengurus Besar LKNS, Mackey Apison Lo, wakil Presiden Gabungan Persatuan Cina Sabah, Kapitan Fung Chun Fatt, wakil-wakil Persatuan Kinabalu Singh Sabha, Malaysia Hindu Sangam Sabah dan Persatuan Bumiputera Kristian Sabah.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *