HomeIsu tempatanSekolah bersih wujudkan persekitaran kondusif

Sekolah bersih wujudkan persekitaran kondusif

Read Time:52 Second

BONGAWAN : Penganjuran program gotong royong dalam memastikan persekitaran kawasan sentiasa terjaga khususnya dikawasan sekolah mampu menerapkan unsur lestari alam sekitar dikalangan warganya. 

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan Yusoff Minin berkata, aktiviti seumpama itu juga mampu memupuk amalan nilai murni alam sekitar antara pelajar dan guru di sekolah. 

“Aktiviti gotong royong ini juga akan dapat meningkatkan lagi tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. 

“Selain itu, ianya juga turut menggalakkan warga sekolah untuk melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan selain meningkatkan kerjasama antara sekolah dan masyarakat dalam menjayakan pendidikan alam sekitar,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Gotong Royong Perdana Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kimanis di sini kelmarin bagi mewakili Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Mohamad Alamin. 

Yusoff berkata, program seumpama ini juga akan dapat mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan amalan hidup sihat bersama alam sekitar yang bersih. 

Program itu juga turut diserikan dengan penanaman pokok durian yang dilaksanakan dengan kerjasama pihak pengurusan Ladang Kabang Sawit Kinabalu Sdn Bhd. 

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

30 kakitangan, pelajar UMS bakal tawan puncak Gunung Kinabalu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular