HomeUtamaAplikasi BBChat jana pendapatan, bukan sekadar 'chatting' 

Aplikasi BBChat jana pendapatan, bukan sekadar ‘chatting’ 

Read Time:1 Minute, 28 Second

KUALA LUMPUR: Orang ramai kini berpeluang menjana pendapatan tambahan melalui  aplikasi BBChat.

Aplikasi BBChat yang dibangunkan oleh institusi usahawan digital, Akademi Bigboys merupakan platform ‘SuperApp’ di mana urus niaga di dalam talian, pembayaran bil, tambah nilai Touch N Go, insuran Takaful serta lain-lain boleh dibuat menggunakan aplikasi ini.

Peneraju utama big boys Rizwan Ramalan  berkata, aplikasi BBChat adalah aplikasi berbentuk media sosial tetapi mampu memberi akses kepada semua jenis pembayaran termasuk berbelanja dalam galeri.

“Media sosial lain seperti Whatsapp, Telegram dan WeChat hanya komunikasi dua hala tetapi BBChat kami integrasikannya untuk semua akses temasuk transaksi dalam talian.”

“Aplikasi BBChat kini mula mendapat tempat dalam kalangan pengguna telefon bimbit berikutan, fungsi dan peranannya membentuk integrasi dinamik secara holistik.

“Selepas sebulan diperkenalkan, BBChat kini sudahpun menerima 5,000 pengguna katanya kepada Sabah Media baru-baru ini.

Tambah Rizwan lagi, para pengguna cuma perlu perkenal BBChat menerusi media sosial dan setelah pengguna baharu mendaftar tanpa sebarang bayaran dan mereka menggunakan platform ini bagi semua urus niaga dan transaksi atas talian, maka anda akan memperoleh pendapatan selagi mana ia digunakan mereka katanya. 

Beliau berkata demikian selepas hadir ke Seminar BB Chat by BigBoys di Hotel Pullman baru-baru ini.

Seminar telah dijayakan bersama rakan kolaborasi BBC dan sebuah platform perdagangan Aximtrade bersama Cikgu Anas Suhail dari CAG Group untuk kelas pembelajaran teknikal analisa trading pada sesi petang.

Seramai 117 peserta hadir termasuk dari syarikat insuran Great Eastern, Global Ikhwan Sdn Bhd dan Gerakan Ekonomi Rakyat.

Tambah beliau, aplikasi ini mengunakan teknologi AI, Block chain dan automation dalam pembangunan.

“Dari segi keselamatan data , BBChat tidak memegang apa-apa data pengguna, tetapi pengguna miliki data sendiri, inilah teknologi Blockchain.

“Ia sangat selamat dan privasi, kerana data yang ada di encrypt dijadikan sebagai kod,” katanya

RELATED ARTICLES
Utama

Dua Pencarum PERKESO Sandakan Terima Alat Pemulihan dan Sumbangan Kotak Prihatin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular