Ko-Nelayan laksana 18 inisiatif merangkumi pelbagai program untuk rakyat

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 40 Second

KOTA KINABALU : Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan) akan melaksanakan 18 inisiatif yang menjadi elemen utama merangkumi sub sektor perikanan dan perindustrian, modal insan dan kesejahteraan rakyat, kemudahan kewangan dan juga program pendigitilan.

Pengurus Besar Ko-Nelayan Yusof Ag Besar berkata, pihaknya telah diperuntukan sejumlah RM30.3 juta sepanjang Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

Katanya, sejumlah RM7.5 juta diperuntukan khas untuk program Peningkatan Pendapatan dan Pembangunan Usahawan (PPPU) yang akan dilaksanakan sepanjang RMKe-12.

“Projek Pembangunan Hab Halal Industri Hiliran Perikanan juga merupakan salah satu inisiatif Sabah Maju Jaya (SMJ) yang akan dilaksanakan dengan tujuan memastikan hasil perikanan dikeluarkan selaras dengan pematuhan keselamatan makanan dan sekaligus membantu meningkatkan bekalan dan pengeluaran produk perikanan.

“Disamping itu, projek ini akan membantu memajukan usahawan supaya lebih berdaya maju dan mampu bersaing di peringkat global. 

“Ko-Nelayan juga akan membangunkan kilang yang mematuhi piawaian Mesti dan Halal di Kunak. Projek ini juga akan dijadikan pusat Latihan amali kepada pengusaha-pengusaha hiliran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama dan Penyerahan Skim Bantuan Kredit Program Pembangunan Nelayan di sini semalam.

Majlis disempurnakan Pengerusi Ko-Nelayan Mohd Arsad Bistari.

Yusof berkata, projek itu akan dilaksanakan melalui Kolaborasi dengan Syarikat Rosmie Snack Industry (RSI) Sdn Bhd yang merupakan usahawan di bawah Ko-Nelayan dan Syarikat pengeluar keropok amplang yang berpengalaman.

Katanya, pemilihan syarikat adalah berasaskan kepada kejayaan syarikat dalam menembusi pasaran di luar Sabah dan kebolehpasaran produk di peringkat global.

“Syarikat RSI telah mempunyai kilang di Tawau, pembukaan kilang kedua di Daerah Kunak adalah bertujuan untuk menampung keperluan permintaan yang semakin meningkat. 

“Produk ini telah popular bukan sahaja di kalangan masyarakat Sabah tetapi telah mula mendapat tempat di Sarawak, Semenanjung  dan Negara Brunei. Produk telah dipromosikan di Expo Gulfood di Dubai pada tahun 2020, di Singapore dan baru-baru ini di Manila Philipine,” katanya.

Dalam pada itu, Yusof berkata, pihaknya berharap bantuan kredit dibawah Program Pembangunan Nelayan akan dapat membantu para peserta bagi membangunkan semula perusahaan selepas masalah pandemik selama dua tahun. 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *