HomeUtamaMasidi terima kunjungan hormat delegasi Kinara Energy, Shandong Yingbao

Masidi terima kunjungan hormat delegasi Kinara Energy, Shandong Yingbao

Read Time:48 Second

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menerima kunjungan hormat delegasi Kinara Energy dan Shandong Yingbao dari China di pejabatnya pada Jumaat (5 Jun).

Dalam pertemuan itu, Masidi diberikan taklimat mengenai perkembangan sektor tenaga serta potensi pelaburan di Sabah oleh Naib Presiden Eksekutif Kinara Energy, Francis Jepiuh dan Pengarah Urusannya, Sylvester Linus.

Perbincangan turut menyentuh peluang untuk mewujudkan lebih banyak pekerjaan kepada rakyat tempatan melalui penglibatan syarikat berkenaan dalam projek pembangunan dan industri tenaga di negeri ini.

Turut hadir ialah Pengerusi Shandong Yingbao, Zhang Yueling; Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lyu Binchang; serta rombongan syarikat tersebut.

Kunjungan itu menjadi platform bagi memperkukuh hubungan strategik antara Kerajaan Negeri Sabah dan pemain industri dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi, menarik pelaburan berkualiti serta meningkatkan penyertaan tenaga kerja tempatan dalam sektor berimpak tinggi.

Kerjasama yang terjalin melalui pertemuan tersebut dijangka membuka lebih banyak peluang pelaburan dan pembangunan industri yang mampu menyumbang kepada kemajuan ekonomi Sabah secara mampan.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah perkukuh peranan sebagai pemilik industri minyak dan gas – Masidi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular