HomeUtamaHarga tiket penerbangan naik mendadak - Jelani

Harga tiket penerbangan naik mendadak – Jelani

Read Time:54 Second

KOTA KINABALU: Harga tiket penerbangan yang menghubungkan negeri ini dengan destinasi luar naik terlalu mendadak sehingga membebankan banyak rakyat.

Timbalan Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Datuk Dr Jelani Hamdan berkata, kenaikan itu amat ketara sejak akhir-akhir ini terutamanya ketika musim cuti sekolah.

Katanya, harga tambang penerbangan naik sehingga mencecah RM1,300 berbanding sebelum ini yang hanya berada pada kadar RM500.

“Kenaikan harga tambang penerbangan ini perlu dipertimbangkan kerana ia jelas tidak menggalakkan integrasi nasional dan industri pelancongan di Sabah.

“Kita berharap perkara ini diambil perhatian oleh semua syarikat penerbangan komersial tempatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelani yang juga Pengerusi Sri Pelancongan Sabah Sdn Bhd berkata, semua syarikat penerbangan sepatutnya menambahkan kekerapan jumlah penerbangan dan bukannya menaikkan harga tiket.

Katanya, sebelum ini, ada syarikat penerbangan yang menambahkan pesawat penerbangan dan ia perlu diteruskan.

“Sebenarnya, ia boleh dilakukan semua syarikat penerbangan kerana ketika ini tidak banyak penerbangan antarabangsa diperlukan ketika ini.

“Jangan naikkan harga tiket, sebaliknya tambah penerbangan ulang alik ke Sabah,” tegasnya.

Jelani menegaskan, harga tiket penerbangan yang ditawarkan juga hendaklah berpatutan dan tidak membebankan rakyat yang menggunakan perkhidmatan itu.

RELATED ARTICLES
Utama

Saya serahkan kepada pihak berwajib – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular