HomeUtamaSentiasa berani utarakan pendapat, kreativiti - Alesyah

Sentiasa berani utarakan pendapat, kreativiti – Alesyah

Read Time:1 Minute, 44 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

KOTA KINABALU : “Jangan pernah malu untuk mengutarakan pendapat kepada tenaga pengajar, kita perlu lebih berani menyatakan idea dan kreativiti kita,” kata Alesyah Asa,20,yang menjadi wakil tunggal negara bagi merebut gelaran juara Global Student Prize 2022 anjuran Chegg.org yang berpusat di Amerika Syarikat (AS).

Pelajar Kolej Vokasional Keningau (KVK) itu juga merupakan salah seorang calon daripada 50 orang yang terpilih di seluruh dunia selepas berjaya menghasilkan inovasi diberi nama ‘Smart mortor spreader for floor tiles’ yang berfungsi dan digunakan untuk memudahkan pemasangan jubin lantai.

Ciptaannya yang mengambil masa selama enam bulan bermula September tahun lalu hingga Mac tahun ini akan membolehkan masa pemasangan jubin lantai akan lebih singkat berbanding biasa.

Anak bongsu dari lima beradik itu mengakui para pensyarah menjadi sumber inspirasinya selain dua lagi mentor dalam menghasilkan projek berkenaan.

Katanya, meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran khususnya ketika berdepan pandemik COVID-19 termasuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini tidak menghalang untuknya menjayakan inovasi itu.

Alesyah Asa bersama Mock Cheque yang diterima pada sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Sabah 2022

“Untuk projek ini saya ada dua lagi rakan saya iaitu Nur Syahirah Ariffin dan Gabriella George.  Pada ketika itu kami berdepan cabaran kerana PKP, jadi cara berkomunikasi juga susah dan terpaksa menjalankan perjumpaan secara atas talian, semua melalui ‘online’.

“Secara peribadi, objektif inovasi ini dilaksanakan adalah untuk membantu individu kurang berkemahiran dalam pemasangan jubin lantai dan apabila mereka menggunakan projek ini, mereka akan lebih mudah untuk memasang.

“Dari segi kos pula, semuanya adalah lebih kurang RM500 sahaja dimana pada ketika ini projek ini baru prototaip dan bahan-bahan lain kami meminta dari pihak bengkel kolej,” katanya.

Terdahulu, Alesyah dianugerahkan Anugerah Khas sempena Hari Kebangsaan peringkat negeri Sabah yang disampaikan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Padang Merdeka di sini pagi tadi.

Hadir sama pada sambutan itu, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun serta beberapa ahli Jemaah Menteri Kabinet negeri.

Alesyah berkata, dia berasa syukur apabila diberi kesempatan untuk menerima anugerah berkenaan pada sambutan Hari Kebangsaan 2022.

RELATED ARTICLES
Utama

Pasukan sukarelawan dicadang diwujudkan bantu mangsa banjir

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular