HomeUtamaLebih 7,000 hadir memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Sabah

Lebih 7,000 hadir memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Sabah

Read Time:1 Minute, 46 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

KOTA KINABALU : Sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Sabah tahun ini kembali diwarnai dengan keceriaan dan kibaran Jalur Gemilang selepas dua tahun hari kemerdekaan negara diraikan tanpa kemeriahan akibat pandemik COVID-19.

Meskipun diadakan secara sederhana di Padang Merdeka, namun ianya tidak menghalang untuk orang ramai hadir pada acara berunsur patriotik seawal jam 6.30 pagi.

Sambutan tahun ini juga menyaksikan pembabitan sebanyak 86 buah kontinjen meliputi pelbagai agensi kerajaan dan swasta termasuk badan bukan kerajaan (NGO) ; pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta selain pasukan anggota beruniform.

Acara hari ini bermula dengan ketibaan pemimpin-pemimpin negeri termasuk Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan Isteri Datin Seri Juliah Salag sekitar jam 7.25 pagi.

Sambutan secara rasmi bermula dengan keberangkatan tiba Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin  dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni sekitar jam 7.30 pagi dan diikuti lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku.

Ia disusuli dengan pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama yang dianggotai seramai 130 anggota dan tiga pegawai lain-lain pangkat dari Batalion Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja.

Sejurus itu, acara berjalan lalu kontinjen yang menyertai perarakan mula memasuki Padang Merdeka dengan dimulakan perarakan Jalur Gemilang oleh Tentera Darat Malaysia (TDM) diikuti perarakan bendera negeri Sabah oleh Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) seterusnya kontinjen yang bertanding.

Selesai itu, acara diteruskan dengan bacaan doa diikuti upacara menaikkan bendera Malaysia dan menyanyikan lagu Negaraku dan Sabah Tanh Airku seterusnya lafaz ikrar oleh 14 anggota unit beruniform.

Pada tahun ini, sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Sabah memberi Anugerah Khas kepada penuntut Kolej Vokasional Keningau Alesyah Asa yang menjadi wakil tunggal Malaysia khasnya negeri Sabah untuk Anugerah Global Student Prize yang dilangsungkan di Amerika Syarikat dam merupakan salah seorang calon daripada 50 orang yang terpilih di seluruh dunia.

Lebih 7,000 hadirin yang hadir kemudian dipersembahkan dengan persembahan Tempur Tanpa Senjata oleh TDM seterusnya koir dan persembahan khas oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.

Hadir sama pada majlis itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Sabah 2022 serta beberapa Jemaah Menteri Kabinet Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

Australia perkukuh hubungan kerjasama dengan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya