HomeUtamaMalaysia, UAE perkukuh kerjasama diplomasi sekuriti makanan

Malaysia, UAE perkukuh kerjasama diplomasi sekuriti makanan

Read Time:1 Minute, 52 Second

PUTRAJAYA : Kerajaan Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) terus memperkukuhkan lagi agenda kerjasama diplomasi sekuriti makanan antara kedua-dua buah negara.

Ia adalah menerusi perjumpaan dua hala antara Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee bersama delegasi dengan Menteri Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, UAE PYT Mariam Mohammed Saeed Hareb Almheiri.

Perjumpaan dan mesyuarat dua hala Dr Roland bersama delegasi ke Arab Saudi dan UAE itu telah diadakan dari 24 hingga hari ini.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dalam satu kenyataan berkata, pelbagai usaha strategik kerajaan dengan kerajaan (G2G) secara bilateral turut dibincangkan secara lanjut.

Ianya adalah bagi mengukuhkan lagi kerjasama dalam sektor kedua-dua buah negara dalam bidang pertanian yang telah wujud melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara Kerajaan Malaysia dan UAE bagi Kerjasama Diplomasi Sekuriti Makanan yang telah diwujudkan sejak 10 Mac 2021. 

“Untuk rekod, jumlah nilai dagangan pertanian antara kedua-dua negara telah meningkat daripada RM1.14 billion pada tahun 2020 kepada RM1.51 billion pada tahun 2021. 

“Perjumpaan dua hala antara delegasi MAFI dan Kementerian Perubahan Iklim dan Alam Sekitar itu diyakini akan dapat memperkukuh dan memperluaskan lagi kerjasama dalam bidang pertanian antara Malaysia dan UAE.

“Ini khususnya melalui kerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan, perkongsian teknologi, fasilitasi perdagangan bagi produk dan aktiviti hiliran agromakanan, galakan akses pasaran serta pertukaran latihan dan kepakaran,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Selain itu, lawatan kerja ini turut mengukuhkan kerjasama teknikal antara Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan International Center for Biosaline Agriculture (ICBA) dalam pertanian mampan melalui pengurusan pengairan dan perubahan iklim.

“Kerjasama ini yang dimulakan pada 21 Februari lalu memberi ruang kepada kedua-dua buah negara untuk berkongsi teknologi dan pengalaman dalam meningkatkan produk dan hasil pertanian.

“Dalam menjaga kepentingan sektor pertanian Malaysia di rantau Asia Barat, Pejabat Perwakilan Pertanian (PPP) juga telah ditempatkan di Dubai, UAE sejak tahun 2008.

“Antara peranan PPP ini adalah sebagai pengantara kedua-dua buah negara dalam kerjasama dan pelaburan dalam bidang pertanian,” menurut kenyataan itu lagi.

Sementara itu, MAFI berkata, kerjasama erat yang terjalin melalui perjumpaan dua hala ini diharap akan terus mengukuhkan hubungan kerjasama dua hala dalam sektor pertanian dan industri makanan antara Malaysia dengan UAE sekaligus menjamin sekuriti makanan di kedua buah negara.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Kerajaan tidak benarkan pembinaan Rumah SMJ dibina di...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya