HomeIsu tempatanOrang ramai diseru terus sokong kempen derma darah

Orang ramai diseru terus sokong kempen derma darah

Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Orang ramai diseru supaya terus menyokong kempen derma darah yang dianjurkan sekaligus membantu menambah keperluan darah di semua Unit Tabung Darah hospital di negeri ini.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pekan Inanam, Datuk Wong Thien Fook berkata, kempen derma darah anjuran KRT sekitar Inanam, di Pekan Inanam, esok (31 Ogos) akan dijayakan dengan kerjasama Persatuan Penderma Darah Negeri Sabah (Pendarah), Tabung Darah Hospital Kudat dan Persatuan Thalassaemia Sabah, Pertubuhan Orang Asal Sabah serta Persatuan Bulan Sabit Merah, Cawangan Kota Kinabalu.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pekan Inanam, Datuk Wong Thien Fook

Katanya, selain mendapatkan bekalan darah, kempen berkenaan juga memberi peluang kepada orang ramai memeriksa tahap kesihatan masing-masing.

“Menerusi program itu, ia bukan saja dapat meningkatkan kesedaran orang awam mengenai kepentingan menderma darah tetapi juga memberi penerangan jelas mengenai Vaksin Covid-19.

“Orang ramai yang ingin menderma darah tidak perlu risau kerana proses menderma darah dilaksanakan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya ketika ditemui, hari ini.

Wong berkata, sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Osmond Asun di talian 011-25239266 atau Felix Vun 016-8222802.

Sementara itu, Wong amat berterima kasih kepada beberapa pihak yang tampil menghulurkan sumbangan bagi menjayakan program kali ini.

Katanya, pihaknya menerima sumbangan daripada Teck Guan Trading Sdn Bhd, Kim Teck Cheong Consolidated Bhd, Dong Sin Sdn Bhd dan Comogo Sdn Bhd dan beberapa lagi syarikat lain.

“Sumbangan yang diterima ini akan diedarkan kepada penderma yang hadir semasa program berkenaan dijalankan.

“Semoga lebih ramai pihak akan tampil menghulurkan sumbangan sebagai penghargaan kepada penderma darah pada hari berkenaan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya