HomeIsu tempatanFiesta Makanan Etnik Bugis mampu galak penyertaan komuniti terlibat dalam industri seni,...

Fiesta Makanan Etnik Bugis mampu galak penyertaan komuniti terlibat dalam industri seni, warisan budaya

Read Time:1 Minute, 7 Second

TAWAU : Fiesta Makanan Etnik Bugis di daerah ini bakal menjadi perintis kepada program yang lebih besar pada masa akan datang.

Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) Datuk Sr Mohd Yusrie Abdullah berkata, pihaknya yakin program seumpama itu mampu menggalakkan lagi penyertaan komuniti agar terlibat dalam industri berasaskan seni dan warisan budaya.

Katanya, ini juga akan dapat merancakkan lagi aktiviti pelancongan di negeri ini.

“Program ini menjadi salah satu fokus kita untuk membangunkan produk pelancongan berasaskan warisan dan budaya, yang pastinya akan menarik lebih ramai pelancong dalam dan luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir bagi mewakili Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Ariffin merasmikan Fiesta itu di sini semalam.

Fiesta Makanan Etnik Bugis Tawau merupakan program yang julung-julung kali diadakan berlangsung dengan begitu meriah.

Pelbagai makanan tradisional etnik Bugis dipersembahkan disertai dengan tarian yang penuh dengan adat budaya etnik itu.

Antara 21 jenis makanan tradisi yang ada termasuk Berongko, Sikapuru, Kapurung,Baje, Palaya, Baulu Pecca, Sokko, Palopo, Tumpi-Tumpi, Beppalaya dan banyak lagi.

Yusrie berkata, Fiesta itu tidak hanya mengetengahkan keunikan adat dan budaya setiap kaum yang ada, tetapi ia juga berpotensi untuk dibangunkan sebagai salah satu produk pelancongan penting di Sabah.

Justeru, kementerian menyokong penuh penganjurannya dan berharap ia dapat dikembangkan ke peringkat yang lebih tinggi dengan penyertaan seluruh etnik di negeri Sabah.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS anjur Karnival Usahawan Mahasiswa sempena Hari Kanak-kanak Borneo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular