HomeUtamaIndustri lanskap, bunga-bungaan berpotensi dibangunkan di Sabah

Industri lanskap, bunga-bungaan berpotensi dibangunkan di Sabah

Read Time:1 Minute, 41 Second

TENOM: Industri lanskap dan bunga-bungaan berpotensi dibangunkan di Sabah kerana negeri ini mengimport sebanyak 156.93 tan bunga segar dengan nilai RM4.9 juta, setakat tahun lalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata pembangunan industri itu bukan saja mampu mengurangkan jumlah import pada masa hadapan malah membantu meningkatkan ekonomi masyarakat setempat.

“Ini menunjukkan terdapat potensi untuk pembangunan industri lanskap dan bunga-bungaan tempatan atau florikultur di negeri ini sekali gus berupaya mengurangkan import bunga segar pada masa hadapan.

“Pesta Bunga ini tentunya menjadi platform kepada para pengusaha bunga-bungaan dan lanskap untuk berkongsi maklumat dan pengalaman serta mengadakan ‘business matching ’ bagi membangunkan industri florikultur di negeri ini.

“Saya juga berharap Pesta Bunga ini akan dapat memupuk budaya dan rasa cinta kepada keindahan flora serta amalan aktiviti lanskap yang bermanfaat kepada masyarakat,” katanya ketika merasmikan Pesta Bunga 2022 di Taman Pertanian Sabah di sini, pada Ahad.

Ketua Menteri berkata, sambutan Pesta Bunga di Taman Pertanian Sabah ini juga juga amat signifikan dan ia dapat menarik perhatian lebih ramai pelancong untuk berkunjung ke pedalaman Sabah, khususnya di daerah Tenom..

“Oleh itu, pesta ini perlu diadakan setiap tahun dan saya mahu masyarakat kita akan terus menghargai dan menghayati kepentingan pemuliharaan spesies tumbuhan sebagai sumber makanan dan penyumbang kepada kelestarian alam sekitar,” katanya.

Katanya, Taman Pertanian Sabah sebagai Pusat Penyimpanan Khazanah Biodiversiti yang unik mempunyai lebih 1,500 spesies tumbuhan antaranya adalah orkid dengan sebanyak 350 spesies, halia hutan lebih 100 spesies dan buah-buahan dari dalam serta luar negara lebih 100 spesies di taman ini.

“Dengan adanya taman ini, tanaman makanan yang unik dan hanya terdapat di Sabah juga dapat dipulihara agar tidak pupus begitu sahaja. Ini juga akan menjadi satu tarikan kepada pelancong untuk datang ke taman ini,” katanya sambil menambah Taman Pertanian Sabah adalah produk pelancongan berasaskan pertanian yang unggul di negeri ini.

Sejak dibuka kepada orang awam pada 1 Oktober 2000, seramai 471,299 pelawat dari dalam dan luar negara telah melawat Taman ini atau purata 24,000 orang setahun sebelum pandemik COVID-19.

RELATED ARTICLES
Utama

Laluan berhampiran Menara Kinabalu ditutup sebahagian 31 Disember ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular